warisan

Masjid Mae Sot, Myanmar

Masjid Mae Sot, Myanmar

Masjid Inderpuri Acheh

Masjid Inderpuri Acheh
Masjid lama ini mempunyai rekabentuk yang mirip senibina China. In-dera-po-ri bermaksud pusat-pemerentahan-raja (bapa)-duduk

Salinan dari buku “Cempakasari, Sejarah Kesultanan Negeri Perak”, M.A. Fawzi Basri ms140

Salinan dari buku "Cempakasari, Sejarah Kesultanan Negeri Perak", M.A. Fawzi Basri ms140
Nama-nama mereka tetap ada disebut dalam sejarah Perak walaupun disebut dengan tidak mengikut susunan yang betul. Kami sudah membetulkannya melalui penulisan semula sejarah realiti di blog ini melalui maklumat yang diperolehi dari waris mutlak, Tuanku Nai Long Kasim. Nama Sharif Abu Bakar disebut secara lengkap. Kewujudan baginda dalam sejarah Melayu hari ini tidak boleh dinafikan lagi.Raja Alang Putera dari Kedah ialah Syed Alang Alauddin Panglima Bukit Gantang, cucu kepada Syarif Abu Bakar, Yang Di pertuan Kedah.

Meriam Melayu Singgora

Meriam Melayu Singgora
Sah, Ayutthaya diserang oleh Burma (Myanmar) dari puak Buddha Alaungphaya dalam tahun 1767. Tunku Sulaiman yang dimaksudkan disini ialah “..Yangkam dengan Belat Yukbat..” sepertimana disebut dalam UUK, ms 24 atau kita semua ketahui sebagai Raja Bersiong. Sah, bahawa Siam itu Melayu hari ini hingga ke Singgora (Songkhala) dan beragama Islam. Peralatan ini di pamerkan di Muzium Sejarah Di London, UK dan merupakan keratan dari akhbar tempatan. Sah, bahawa orang melayu pun pandai membuat senjata api. Sah, bahawa rakyat Thailand ditipu oleh penulis sejarah fantasi mereka, dan malangnya, begitu juga kita.

>>PETA JAJAHAN EMPAYAR ISLAM BENUA SIAM NAGARA KEDAH PADA TAHUN 1730.

>>PETA JAJAHAN EMPAYAR ISLAM BENUA SIAM NAGARA KEDAH PADA TAHUN 1730.
Peta bertarikh 1730 ini menunjukkan kawasan Benua Islam Siam Nagara Kedah sebelum ia ditawan oleh puak Alaungphaya Buddha dari Burma dalam tahun 1767. Peta ini banyak tersebar tetapi kita menyangkakan ia menunjukkan negara Thailand dizaman dahulu. Ini tidak benar kerana ORANG SIAM BUKANYA ORANG THAI. Orang Siam beragama Islam sementara orang Thai dari bangsa Sukhothai, beragama Thevarada Buddha. Peta ini meluas hingga ke Pulau Jawa. Sekiranya kita renungkan kembali, bila masa pula dalam sejarah orang-orang thai sampai ke situ, melainkan orang-orang siam Islam dari rumpun Melayu.

Penduduk Islam di Yunan China

Penduduk Islam di Yunan China

Masjid Xinjiang

Masjid Xinjiang
Pintu masuk masjid asal zaman Sai tee sung. Xinjiang bermaksud naik jangkah.

Tulisan khat pada Masjid Quanzhou di Xinjiang

Tulisan khat pada Masjid Quanzhou di Xinjiang
menggunakan teknik pahat batu

IMAM MUDA DARI NEGARA CHINA

IMAM MUDA DARI NEGARA CHINA
Lawatan Imam muda China ke PERKIM di Malaysia

MASYARAKAT ISLAM DI XINJIANG, CHINA

MASYARAKAT ISLAM DI XINJIANG, CHINA
Wajah-wajah masyarakat Islam disana. Sate memang menjadi makanan kegemaran orang Melayu. Ramai yakin dan percaya bahawa makanan ini berasal dari nusantara atau lebih khusus lagi Malaysia. Sejarah ada mengatakan orang Melayu berasal dari Yunan@Funan di negeri China. Sudah pasti apabila berhijrah kesini mereka membawa gaya hidup bertamadun mereka seperti menanam padi, termasuklah juga resipi masakan dan pemakanan mereka.

Sate di Xian China

Sate di Xian China
Penjualan Sate @ Kebab yang ‘spicy ‘ @ pedas masih dijalankan dipasar malam disana. Click on the picture to see the link.

WANITA YUNAN

WANITA YUNAN
Jangan kata makanan seperti sate dan mee kari terdapat disana malah wanita muda disana memakai batik sepertimana wanita Melayu di Malaysia

LAGI GAMBAR MASJID DI INDONESIA

LAGI GAMBAR MASJID DI INDONESIA

Masjid Tengkera@Tanquerah, Melaka

Masjid Tengkera@Tanquerah, Melaka
Jelas senibina China Islam

Masjid Sumenep, Pulau Madura, Indonesia

Masjid Sumenep, Pulau Madura, Indonesia
Dibina dalam tahun 1787 berekabentukkan senibina China

Sheikh Ahmad Qomi

Sheikh Ahmad Qomi
Keluarga penting rupa-rupa nye…

Lost of everything….

Lost of everything....

>>SALASILAH 1

>>SALASILAH 1

>>SALASILAH 2

>>SALASILAH 2

>>SALASILAH 3

>>SALASILAH 3

>>SALASILAH 4

>>SALASILAH 4

>>SALASILAH 5

>>SALASILAH 5

>>Satu Perbandingan : Binaan Candi dan Binaan di Ayuthia

>>Satu Perbandingan : Binaan Candi dan Binaan di Ayuthia
Binaan menggunakan bata yang leper dan lebar berbanding bata yang kita pernah lihat hari ini adalah binaan orang-orang Siam Islam. Kota Kuala Muda di bina menggunakan jenis bata yang sama dengan binaan candi. Jika orang-orang Siam beragama Islam (berbanding orang-orang Thai yang beragama Buddha), kenapakah candi Lembah bujang dikaitkan dengan agama Hindu. Bata binaan candi hindu adalah lebar dan besar. Lihatlah contoh pada binaan candi yang dibina semula di Indonesia.

>> Peta Empayar Benua Islam Siam Nagara Kedah (Kheag Tesh-Islam tempatan)

>> Peta Empayar Benua Islam Siam Nagara Kedah (Kheag Tesh-Islam tempatan)
Peta ini menunjukkan BUKTI jajahan Benua Siam Islam di bawah EMPAYAR OF THE GREAT MONGGOL sekitar tahun 1744 SEBELUM ditawan oleh Suku thai yang diketuai oleh Alaungpaya dalam tahun 1767.Terdahulu peta Otelius, tahun 1603 (lihat bawah) menunjukkan ia dibawah kekuasaan Maharaja China. Penduduk di Utara semenanjong yang lahir di Kedah, Perlis, Perak dan Kelantan tidak memerlukan paspot untuk memasukki Thailand, cukup dengan mendapatkan sekeping “border pass” yang berharga RM 10 sahaja dan 2 keping gambar kerana Raja Chakri menggangap mereka-mereka ini sebagai rakyatnya juga (HIS SUBJECTS). Untuk mengetahui sejarah raja chakri yang menyerang semenanjong dan membunuh raja siam islam kita dahulu,copy and paste URL ini, http://www.soravij.com/kings.html. Untuk peta yang lebih jelas lihat dibawah blog ini.

Undang Undang Kedah,ms 36

Undang Undang Kedah,ms 36
Jelas membuktikan bahawa orang-orang Siam beragama Islam, lengkap dengan gelarannya sekali. Aneh bukan, rupa-rupanya adat meminang, hantar cincin sirih pinang adalah adat orang-orang Siam. Siapakah hari ini yang mengamalkan adat tersebut melainkan orang Melayu jugalah. Sebab itulah masih ada orang-orang Siam Islam yang bertutur bahasa Siam Islam di negeri Kedah, Perlis, Kelantan dan Pulau Pinang. Hari ini sudah pasti mereka dipanggil Melayu.Jelasnya, ORANG-ORANG SIAM BUKAN ORANG THAI.Dua bangsa yang berbeza dan dua agama yang berbeza.

Undang-Undang Kedah ,ms98

Undang-Undang Kedah ,ms98
Tahun 1067 Hijrah adalah bersamaan dengan tahun 1657. Jadi Sultan Mahmud Syah manakah yang memerentah Melaka ketika itu? Bukankah Melaka di serang Belanda dalam tahun 1641 dan gelarannya pula ialah Duli Yang di Pertuan Yang Maha Mulia, bukannya Paduka Seri Sultan (Raja Daerah). Melaka yang dimaksudkan ialah Istana Alam Syah di Selangor (lihat gambar kecil sebelah kanan diatas)

Undang-Undang Kedah-Penutup

Undang-Undang Kedah-Penutup
Tahun 222 Hijrah adalah bersamaan dengan tahun 812 masihi. Tahukah saudara kita di Acheh bahawa Islam telah sampai disana semenjak tahun 222H lagi, dibawah seorang Sultan yang bernama Sayyidina Ali? Malah sultan-sultan yang terkemudian sekitar abad ke 14 masihi turut memakai nama ayahanda baginda iaitu Jamalul Alam Badrul Munir.

The Persians in Ayutthaya

The Persians in Ayutthaya
Ada masjid ke di Ayuthia? Bukan satu, bukan dua tapi 21 masjid.Patutlah Hamzah Fansuri pergi menuntut ilmu agama Islam di Sharul Nuri atau Shahri Nao, apalagi, nama lama bagi Ayuthia lah tu. Ini bukan kami yang kata tetapi ahli akademik Thailand hari ini yang telah membuat kajian dan penyelidikkan.

>>GAMBAR 21 MASJID DI AYUTHIA

>>GAMBAR 21 MASJID DI AYUTHIA
Gambar ini diperolehi oleh Asst Prof. Plubplung Kongchana, Director, Institiute of Asia Pacific Studies, Srinakharinwirot University dari rekod Peranchis sewaktu membuat kajian mengenai “The Persians in Ayutthaya”. Mimbarnya yang asing dari bangunan masjid tiada bezanya dengan Masjid Acheen Street (1808) di Pulau Pinang dan Balai Nobat di Alor Setar, dulunya mimbar masjid (lihat gambar diatas, sebelah kanan).Hari ini, didirikan patung-patung bagi menutup bukti keislaman Ayuthia. Namun sebagai orang Islam, kedudukkan bangunan yg mengadap Qiblat, ruang imam dan jemaah masih lagi boleh dikenalpasti. A. Prof Plubplung Konchana juga terkejut dengan jumlah penduduk Islam yang begitu ramai di Ayuthia, tersembunyi disebalik nama Thai mereka. Kalau Thai bermaksud bebas, kenapa orang Islam tidak dibenarkan menggunakan nama Islam mereka?

>>KARYA SENI MASYARAKAT SETEMPATNYA<<

>>KARYA SENI MASYARAKAT SETEMPATNYA<<
Khaeg bermaksud islam?

>>PETIKAN DARI HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA.

>>PETIKAN DARI HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA.
Dengan jelas keratan ini menyebut pembukaan penempatan baru bernama ‘Siam Lancang’ dibuka oleh Raja Merong Maha Podiset atau Sultan Mudzaffar Syah II. Raja Merong Maha Podiset adalah putera kepada Raja Merong Mahawangsa atau Sultan Mud Zaffar Syah I. PODISET BERMAKSUD ‘LELAKI YANG TERBAIK’. Sebab inilah Hikayat Merong Mahawangsa dibakar kerana ia menjelaskan bahawa orang Siam diketuai oleh Merong Mahapodiset membuka negeri Siam, bukannya dibuka oleh Raja Thai. Siapa yang terjerat sekarang ? Siapa yang menipu sejarah? Kami ada bukti, sebab itu blog ini dibuka untuk memberi penerangan kepada semua.

>>Istana Bukit Tereh

>>Istana Bukit Tereh
Tinggalan dinding Istana Sayyidina Jamalul Alam Badrul Munir di Bukit Tereh Johor. Baginda adalah Sultan Nagara Kedah yang kedua. Baginda bergelar Podiset yang bermaksud lelaki yang terbaik dan juga merupakan putra kepada Raja Merong Mahawangsa.Istana ini telah dirobohkan oleh Inggeris atau diawal Kerajaan Malaysia sewaktu Tunku Abdul Rahman menjadi Perdana Menteri dahulu untuk membina tangki air lantas menutup bukti keislaman yang jauh lebih awal sampai ke Johor. Sejarah Melayu (TM 1612) karangan Tun Seri Lanang menyebut bahawa negeri Ganggayu (Khlangkeo) dibina oleh orang Siam asli terletak di hulu sungai Johor. Kotanya diperbuat daripada batu hitam dan pemerintahnya, Raja Culan sebagai raja besar, dan segala raja di sebelah timur ini boleh dikatakan kesemuanya takut kepada baginda. Kerajaan Siam Gangga Negara dan Khlangkeo telah ditakluki oleh Raja Benua Hindi dan kerajaannya di Pahang telah ditewaskan oleh Melaka. Walaupun gagal memberikan tarikh sebagai suatu fakta sejarah, Tun Seri Lanang menegaskan bahawa Ganggayu ialah negeri Siam asli dan kotanya masih wujud semasa beliau menyiapkan buku tersebut.Buku undang-undang Siam Kot Monthienraban (TM 1360) menyebut sebagai kerajaan taklukan Siam, dikenali sebagai kerajaan Wurawari terletak di Johor Tua Ganggayu/Khlangkeo. Para pengkaji sejarah hanya berbeza pendapat tentang nama kerajaan tersebut tetapi tidak menafikan tentang kewujudan Kerajaan Siam asli di Johor. Ini membuktikan bahawa orang Siam telah lama berada di Semennanjung Tanah Melayu, menjalani kehidupan berkerajaan secara aman dan perang dengan pihak lain, terutama Melaka yang kian muncul sebagai kuasa baru. Kehidupan mereka juga bercampur baur dengan Kerajaan Melayu lain seperti Pattani, Kelantan, Kedah dan lain-lain samada di bawah pengaruh Ayudhya atau tidak.

>>MOTIVES AND PATTERN

>>MOTIVES AND PATTERN
Bunga ‘Lotus’ atau teratai merupakan ‘subject matter’ dalam rekabentuk siam islam, sementara bentuk ‘hexagon’ atau ‘pentagon’, ‘diamond’ adalah rekabentuk islam. Ia dinamakan polar-polar geomatrik Islam.

>>Pintu Gerbang Kota Kuala Muda

>>Pintu Gerbang Kota Kuala Muda
Ia terletak hanya 2 km saja dari Sungai Mas dalam pekan Kuala Muda. Ditengah-tengah pintu gerbang adalah lambang Lotus/bunga teratai yang turut menghiasi makam Raja Merong Mahawangsa dan makam-makam keturunannya yang boleh dilihat diblog ini. Nampak jelas seolah tulisan kawi ayat-ayat suci Al Quran pada ‘arch’ telah dipahat buang. Sama juga dengan ‘arch’ pada bangunan di Ayuthia pun turut dipahat buang.

>>DARI PENGAMATAN SAYA

>>DARI PENGAMATAN SAYA

MOTIF TERATAI DAN NAGA LAUT PADA MASJID XIAN

MOTIF TERATAI DAN NAGA LAUT PADA MASJID XIAN
Pengertian Islam pada peringkat awal ketibaannya kenegeri China amatlah tipis. Diwaktu ini masih lagi terdapat makara yang mana pada hari ini tidak ada lagi digunakan di masjid-masjid. Ini berlaku di sebabkan kebudayaan China ketika itu telah mula berkembang dan kedatangan agama baru ini harus melalui proses adaptasi. Oleh itu kita dapat lihat kaedah penerimaan agama Islam masih lagi dimasukkan unsur-unsur kebudayaan setempat dalam senibinanya.

Siling Masjid Xian dari Dinasti Tang

Siling Masjid Xian dari Dinasti Tang
Bunga-bunga lotus/teratai ini juga digunakan sebagai hiasan dalam bangunan Masjid Xian di China.

>>KAWASAN ISTANA KOTA MEANG KUANG

>>KAWASAN ISTANA KOTA MEANG KUANG
Peta ini telah diperolehi dari Pejabat Tanah Daerah Kubang Pasu

Makam Sultan Muhammad I KELANTAN dan Permaisuri

Makam Sultan Muhammad I KELANTAN dan Permaisuri
Makam Sultan Muhammad I Kelantan @ Long Muhammad @ Nik Muhammadiah dan Permaisuri baginda Datuk Nai Mariam @ Sharifah Mariam binti Syed Sheikh Latif di Makam Raja-raja Benua Siam Islam, Kampung Tualang Kedah. Ini lah makam Sultan Muhammad I Kelantan, menjadi guru agama di Kedah. Tak Bai atau Tok LeBai adalah merujuk kepada baginda. Long Senik adalah anak angkat baginda. Diantara wasiat baginda, pada binaan candi utama yang dikatakan candi hindu di Lembah Bujang, Merbok terdapat tulisan ALLAH dan MUHAMMAD dan pada dinding-dinding tepi tertera nama-nama sahabat dan malaikat. Tentera Thai memecahkan tulisan Khat Kawi (hari ni Jawi) dan Inggeris pula merobohkan keseluruhan istana dengan bantuan buruh-buruh yang di bawa masuk dari India. Patung-patung agama lain dibawa dari India dan turut ditanamkan sekali bersama runtuhan bangunan. Ini adalah wasiat, terpulanglah untuk mempercayainya atau tidak. Yang terlepas ialah batu bertulis Ibnu Sirdan 213 Hijrah dijumpai dicelah-celah runtuhan candi oleh Dr. Othman Md Yatim. Mungkinkah ada lagi serpihan yang bakal di jumpai oleh pakar akeologi kita? Sama-sama kita nantikan. Bagi kami, SEJARAH YANG PENUH DENGAN KONSPIRASI, TIDAK BOLEH DIKAJI SEPERTIMANA SEJARAH BIASA, ITU PASTI.

>>RAMA TIBODI II @ Makam Sultan Rijaluddin Muhammad Johan Syah bergelar PARAMESWARA MELAKA.

>>RAMA TIBODI II @ Makam Sultan Rijaluddin Muhammad Johan Syah bergelar PARAMESWARA MELAKA.
Rama Tibodi II @ Parameswara Melaka (1412-1424) telah menyampaikan titah supaya orang-orang dari Kedah dihantar untuk membuka dan melombong bijih di Lukut, Negeri Sembilan. Terdahulu dari itu bijih timah ini telah pun menjadi bahan komoditi perdagang-pedagang dari India dan Cina sewaktu mereka mula berdagang di Kota Beruas lagi. Rama Tibodi II merupakan gelaran dalam bahasa san-se-krit ( tulis-garis). Nama sebenar baginda ialah Syah Alam Yang Maha Mulia, Sultan Rijaluddin Mohammad Johan Syah III ibni Tunku Mohammad Chan. Baginda adalah pemerintah Benua Islam Siam, Nagara Kedah Pasai Ma dan putera kepada Tunku Mohammad Chan (Thong Chan di Ayuthia) yang menjadi Sultan Beruas Gangga Nagara, Dinasti Ayuthia. Baginda adalah adik ipar Laksemana Cheng Ho yang beragama Islam kerana berkahwin dengan salah seorang dari dua orang adik perempuan laksemana itu.Sebelah kanan makam baginda dan sebelah kiri makam permaisurinya(adik Laksemana Cheng Ho) tapi batu nesan telah ditukar oleh ??????. Makam ini telah di rekodkan sebagai makam Puteri Lindungan Bulan pada papan kenyataan. Sila baca artikel saya mengenai Puteri Lindungan Bulan.

Peta tahun 1744

Peta tahun 1744
“Empire of the Great Monggol”, Peta tahun 1744 ini menunjukkan kebesaran Kerajaan Islam Monggol di India dan sebahagian Kerajaan Benua Islam Siam Nagara Kedah termasuk Toung Oo, Siam, Langkasuka, Acheh dan sebahagian Melaka. Sebab itulah dalam mengkaji sejarah bangsa melayu perlu skop yang lebih besar dan tidak fokus kepada jajahan Malaysia hari ini sahaja. Kerajaan Siam Islam bercantum dengan Kerajaan Monggol India apabila Zahiruddin Babur Syah berkahwin dengan Mahin Inta Tiral@Tunku Nur Aisyah ibni Sultan Rijaluddin Mohammad Johan Syah (Parameswara Melaka), dalam tahun 1530.

>> PETA ORTELIUS

>> PETA ORTELIUS
ORTELIUS MELAKAR PETA INI DALAM TAHUN 1603. Negara China turut dimasukkan kerana Maharaja Ming dan kemudiannya Manchu beragama Islam. Mereka menguasai India yang diperintah oleh Monggol India yang beragama Islam. Ini lah yang dimaksudkan BENUA Islam Siam Nagara Kedah.

Peta La Loubere, Siam berhampiran Bangkok tahun 1691

Peta La Loubere, Siam berhampiran Bangkok tahun 1691
Lihat nama Pulau yang menggunakan perkataan Melayu di Telok Siam,yang dibulatkan merah.

Wilayah Nagara Kedah sebelum serangan Musuh Bisik tahun 1821.

Wilayah Nagara Kedah sebelum serangan Musuh Bisik tahun 1821.

Daerah dalam Wilayah Negara Kedah,ms15 Undang-Undang Kedah

Daerah dalam Wilayah Negara Kedah,ms15 Undang-Undang Kedah
Kaedah menyambut surat rasmi kerajaan. Pada masa ini Portugis gelombang kedua yang bukan Islam berada di Melaka tapi akur kepada Syah Alam yang Maha Mulia.

>>Makam Khun Waran Wangsa, 1548

>>Makam Khun Waran Wangsa, 1548
Putera Jalil Yaacob Shah @ Raja Jalil Putera disebut dalam Undang Undang Kedah sebagai Syahbandar (mukasurat 2) juga dalam kawasan yang sama dengan Makam Nang Che Puan. Entah siapa yang mewarnakan Batu nesan Acheh dengan warna kuning. Bahagian atasnya telah dipatahkan.Batu nesan Acheh untuk makam yang lain telah di tukar tanpa pengetahuan waris Maharaja Siam. Ia digantikan dengan batu nesan biasa, lantas menghapuskan rekod yang ada. Perkara sebegini bukan saja berlaku disini. Malah batu pengisar tebu yang mempunyai tulisan China dipecahkan oleh mereka-mereka yang munafik ini. Batu pengisat tebu itu dihantar oleh Maharaja China Manchu yang beragama Islam untuk cucunya, Sultan Jaafar Mad Azam Syah.Kejadian memecahkan batu pengisar tebu bertulisan china ini berlaku dalam tahun 2003 sahaja !!

>>PUMINTHARAJA @ Makam Nang Che Puan, gambar terbaru

>>PUMINTHARAJA @ Makam Nang Che Puan, gambar terbaru
Lihatlah keadaan makam ini yang tidak dipelihara terletak di TDC Alor Setar, Bangunan Mahkamah Lama. Nang Che Puan ibni Sultan Muhiyuddin Mansor Syah adalah adinda Khalifah Sharif dan cicit kepada Sultan Mahmud Syah Melaka, yang berkahwin dengan Puteri Saadon Nang Kemuning ibni Sultan Ismail Jambu Patani. Beginilah keadaannya makam diraja Siam Islam Kedah, dihina, dirampas segala harta peninggalan dahulu, dipadamkan dari sejarah bangsa, sehinggakan makam yang ada dibiarkan rosak tanpa papan kenyataan mengenai makam-makam yang terdapat disini, pada hal kita sudah 50 tahun merdeka takkan makam ini kita tidak tahu siapa yang punya? Nang Che Puan adalah permaisuri pertama Paduka Seri Perdana Menteri Nagara Kedah, Sultan Mohammad Jiwa II, Nai Nai Adilin. Baginda adalah bonda kepada Tengku Long Putera, Tengku Anjang Johan dan Tengku Dayang. Paduka Seri Sultan Abdullah, Raja Pulau Pinang adalah anak gundik, bukan gahara. Jika begini kita lakukan kepada makam-makam bersejarah yang ada, kenapa harus kita rakyat Malaysia hari ini berbangga dengan Kesultanan Melaka. Gambar ini bertarikh 30 mei 2007, sementara gambar lama bertarikh 25 Jun 2005. Kita tengok berapa lama tindakan diambil pihak berwajib untuk membetulkan keadaan. Kepada Presiden Persatuan Sejarah Negeri Kedah, Datuk Shamsuddin, buatlah tugas yang diamanahkan rakyat, mohonlah peruntukkan dengan kerajaan Pak Lah, jangan asyik buat rombongan makan angin ke Thailand dan tempat bersejarah sahaja, sedangkan dalam kampung tunggang langang.

Makam Nang Che Puan

Makam Nang Che Puan
Isteri kepada Perdana Menteri Kedah, Paduka Sri Sultan Muhammad Jiwa Zain al-‘Adilan. Makam ini terletak di tepi Mahkamah lama,TDC Alor Setar.Kawasan dipagarkan tapi tak ada apa-apa kenyataan pun. Lepas tu tidak dipelihara dan dibiarkan pokok besar tumbuh ditengah-tengah makam tersebut.

>>Makam Tengku Long Putera, Laksemana Datu, mangsa pembunuhan musuh bisik tahun 1821 oleh Thai

>>Makam Tengku Long Putera, Laksemana Datu, mangsa pembunuhan musuh bisik tahun 1821 oleh Thai
Tuanku Nai Long Kasim sedang memberi penerangan. Makam ini terletak didalam ladang Getah, di Kg Tualang Kedah.Nak cari memang tak jumpa, kecuali waris saja yang tahu.

Perahu Sagor

Perahu Sagor
Perahu yang digunakan oleh orang-orang Melayu dahulu untuk berdagang di pelabuhan Lembah Bujang di kuala Sungai Merbok dan Sungai Mas. Ia diperbuat dari kayu balak jenis Merbau, Pulai, dan Bongor yang ditebuk. Gambar di Muzium Arkeologi Lembah Bujang. Rugi kalau datang ke Kedah tidak melawat Muzium ini.

>>PENULISAN PADA MAKAM

>>PENULISAN PADA MAKAM

Makam Sultan Sheikh Abdul Kadir

Makam Sultan Sheikh Abdul Kadir
Sultan Sheikh Abdul Kadir ibni Sultan Hussain Alirah terletak di dalam kawasan tanah perkuburan islam. Oleh kerana tulidan jawi pada batu nesan Acheh boleh dibaca maka ia telah di perelokkan. Namun Sheikh Abdul Kadir dikatakan sebagai Ustaz sekolah pondok yang mengajar agama di Langgar. Kenape mereka berdegil padahal warisnya masih ada hingga kini?

Makam Sultan Hussain Syah Alirah

Makam Sultan Hussain Syah Alirah
Sultan Hussain Syah Alirah ibni Sultan Sayyidina Ali terletak di Langgar ke 2 didepan halaman rumah orang kampung didalam kebun kelapa. Kenapa pihak berwajib tidak mewartakan saja kawasan ini sebagai tapak warisan sejarah

Makam Sultan Sayidina Ali

Makam Sultan Sayidina Ali
Makam Sultan Sayidina Ali wa Maulana Sultan Sayyidina Jamalul Alam Badrul Munir terletak di Langgar ke 2. Makam ini tidak di selia kerana dianggap tiada berkepentingan, padahal inilah makam Sultan yang memerentah Acheh sewaktu Undang Undang Kedah ditulis. Makam Ayahanda dan datuk baginda (gmbr bwh) dibumbungkan sebab dianggap sebagai makam Maharaja Debar Raja bertarikh 1179 masihi, walhal ia 300 tahun lebih awal.

Makam Sayyidina Jamalul Alam Badrul MUnir

Makam Sayyidina Jamalul Alam Badrul MUnir
Baginda bergelar Sultan Madzaffar Syah II. Makam ini terletak bersebelahan dengan makam ayahanda baginda, Merong Mahawangsa. Sayyidina Jamalul Alam Badrul Munir turut juga dikenali sebgai ‘Podiset’, bermaksud lelaki terbaik. Baginda adalah Sultan ke 2, Nagara Kedah Pasai Ma dan membina Kota Istana di Bukit Tereh, Muar Johor sekitar tahun 800 masihi. Anakanda baginda, Sayyidina Ali menulis Undang Undang Kedah sewaktu menjadi Sultan di Acheh. Hikayat Merong Mahawangsa, versi RJ Wilkinson,ms 37.“…maka beberapa dilihat oleh anak raja segala ajaib-ajaib hingga sampai dua ratus hari berjalan iatu sambil bermain juga sekelian barulah bertemu dan berhenti pada tanah yang baik kepada sesuatu anak sungainya lepas ke laut lagi pun tanahnya rata orang pun banyak juga maka disitulah sakelian berbuat istana dengan kota parit serta dihimpunkan orang yang duduk bertaburan pecah belah itu maka disatukan sekalian maka menjadi negeri besarlah maka dinamai negeri itu Siam Lancang tempat membuat kota istana itu maka datanglah orang berkhabarkan kepada Raja Merong Maha Pudiset”

>> Makam Raja Merong Maha Wangsa @ Sultan Madzaffar Syah I di Kg. Langgar, Merbok<<

>> Makam Raja Merong Maha Wangsa @ Sultan Madzaffar Syah I di Kg. Langgar, Merbok<<
Baginda bergelar Sultan Madzafar Syah I. Makam ini terletak di Langgar,Kg Bujang, Merbok Kedah. Ia tidak jauh dari kawasan Lembah Bujang. Bandingkan dengan batu nesan Acheh Sultan Sayidina Ali, Sultan Sheikh Abdul Kadir dan Sultan Jaafar Madazam Syah, rekabentuknya hampir sama. Makam ini dilabelkan sebagai Makam Maharaja Derbar Raja yang kononnya memeluk Islam dalam tahun 1179. Tak tahu pulak saya ada raja yang berdebar-debar nak memelok Islam, maklumat pun tak dapat. Setakat nama saja yang ada dan tidak disebut dalam sejarah Acheh (bahasa siam bermasuk ajar @tunjuk ajar) atau Perlak (punca,cambah nya syiar dakwah islam), maupun dalam Undang undang Kedah. Kenapa tidak dirujuk kepada keturunan Raja Merong Maha Wangsa yang masih ada hingga kini, walaupun keturunan mereka cuba di pupuskan, walaupun dalam kad pengenalan mereka tidak lagi bergelar tuanku,syed atau nai (sengaja disebut di blog ini) mereka tetap berdarah raja, dari Putera Merong Maha Wangsa (Wa Ren Wong Ser). Tulisan mengenai Maharaja Debar raja dalam Salasilah Kedah ini ditulis sewaktu belum merdeka di zaman Sultan Abdul Hamid masih hidup. Apa saja yang diperintah olehnya akan ditulis, walau pembohongan sekali pun. Baginda ditakuti rakyat Kedah kerana baginda menantu Chulalongkorn, ada ‘backing’ dibelakangnya untuk bertindak. Dulunya keseluruhan kawasan ini adalah tanah perkuburan islam. Akan tetapi kenapakah pihak berwajib ditahun 60an menjual tanah ini kpd individu untuk dijadikan ladang getah. Samalah dengan istana Kota Meang Kuang yang dipecahkan dalam tahun 1963/64 dan sekarang ini menjadi tapak quari. Yang ada cuma Kampung Kota Mengkuang.

Makam Syed Alang Alauddin @ dan Anakandanya, Sultan Jaafar Madazam Syah.

Makam Syed Alang Alauddin @ dan Anakandanya, Sultan Jaafar Madazam Syah.
Makam Ayahanda di sebelah kiri dan anakanda disebelah kanan. Di Perak ada dikatakan Makam Che Long Jaafar dan Makam Haji Muhammad Zamani bin Hj Panjang (Tok muda Panglima Bukit Gantang di Taiping Perak) adalah satu pembohongan sejarah bangsa Melayu bagi menutup bukti yang ada. Syed Alang Alauddin ada direkodkan sebagai Che Alang Alauddin dalam sejarah Perak. Dalam sejarah Kedah tidak disebut langsung. Baca artikel saya mengenai perkara ini bertajuk,”Kisah Pertualang Raja Wilayah Kuala Muda” . Batu Nesan Acheh sudah agak terbenam sementara bahagian atasnya agak menajam telah dipatahkan.Gambar kecil tahun 2005, bahagian atasnya masih ada. Rekabentuk batu nesan ini sama dengan batu nesan Merong Mahawangsa di Kg Langgar, Lembah Bujang. Kenapa makam raja di panggil langgar? Makam Sultan Kedah sekarang ni pun diLanggar, Makam di Raja Pelis di negeri Perlis pun Langgar juga. Mudah sahaja, kerana dalam bahasa siam (bukan bahasa thai) Langgar bermaksud ‘putus dunia’.

Istana Kuning

Istana Kuning
Dibina oleh Sultan Muhiyuddin Mansur Syah @ Boromokot bersamaan dengan Balai Besar dan Masjid yang hanya tinggal menara sahaja (Balai Nobat). Ia terletak dihadapan Menara Alor Setar. Kini digunakan sebagai pejabat Persatuan Kerabat di Raja Kedah.

>>Balai Besar @ Berahman Indera

>>Balai Besar @ Berahman Indera
Papan kenyataan dihadapan mengatakan ia dibina diatas arahan Sultan Mohammad Jiwa II Nai Nal Adilin. Maklumat ini tidak benar kerana Sultan Mohammad Jiwa adalah Penghulu Berahman Indera merangkap Perdana Menteri Kedah yang bersemayam di Anak Bukit seperti disebut dalam manuskrip Undang Undang Kedah. Hari ini Sultan Kedah bersemayam di Anak Bukit. Arahan pembinaannya adalah titah Sultan Muhiyuddin Mansor Syah ibni Sultan Mahmud Syah, Maharaja Benua Islam Siam ketika itu. Tukang-tukang nya dibawa dari Cina atas perintah Maharaja Manchu yang beragama Islam dan mereka tinggal di Pekan China. Di masa ini lah Tengku Sulaiman membunuh seorang demi seorang tentera Manchu islam lalu memasak dan memakan mereka menjadikan Kisah Raja Bersiong. Makam baginda Sultan Muhiyuddin Mansor Syah terletak di Ulu Melaka dan dilabelkan sebagai makam purba oleh Persatuan Sejarah Negeri Kedah walaupun mereka tahu hakikat sebenarnya. Tidak hairanlah Bandar Hilir terletak di Melaka sementara Ulu Melaka pula terletak di Pulau Langkawi kerana Maharajanya bersemayam di Kota Palas Langkawi. Begini konsepnya, Hulu ibni Hilir, Anakanda ibni Ayahanda, Sultan Muhiyuddin Mansor Syah ibni Sultan Mahmud Syah Melaka, mudah saja !!) Baginda juga turut menitahkan pembinaan Istana Kuning dan Balai Nobat.

>>Makam Khalifah Sharif Abu Bakar Syah, Yang Di Pertuan Negara Kedah<<

>>Makam Khalifah Sharif Abu Bakar Syah, Yang Di Pertuan Negara Kedah<<
Makam Khalifah Sharif (Kedah), Boromoraja Ekataat V, Suriyamarin (Ayuthia), Maha Damaiyaza (di Kerajaan Islam Toung Oo,Myanmar). Ini gambar saya ambil ptg sabtu 19 Mei 2007. Sekiranya saudara/i ada membaca buku bertajuk “Batu Acheh” karya Dr Othman Mohd Yatim, rekabentuk batu nesan terdapat diseluruh semenanjong tanah melayu termasuk juga di Acheh. Inilah batu nesan dari keturunan Maharaja Besar Benua Islam Siam Nagara Kedah.

>>Makam Sultan Muhiyuddin Mansur Syah bergelar Boromokot di Ayuthia<<

>>Makam Sultan Muhiyuddin Mansur Syah bergelar Boromokot di Ayuthia<<
Baginda adalah ayahanda kepada Khalifah Sharif Yang Di Pertuan diatas. Rekabentuk batu nesan Achehnya adalah sama. Ia terletak di Kota Palas, P. Langkawi dan dikategorikan sebagai ‘makam purba’. Elok sangatlah Persatuan Sejarah N. Kedah ini rujuk ms 17, UUK untuk mengetahui makam siapakah ini dan memulihkan makam ini bersesuaian dengan taraf baginda. Sambil itu, tolong pasang semula batu nesan Puteri Hang Li Po disebelah kanan itu dan buang kenyataan mengatakan makam ini adalah makam seorang wanita. Waris Maulana Syah Alam masih ada lagi hingga kehari ini. Jangan buat macam kami tidak ada.

Undang-Undang Kedah,ms 17

Undang-Undang Kedah,ms 17

Undang-undang Kedah, ms 16

Undang-undang Kedah, ms 16
Jelas tertera nama baginda…ada hubungan dengan Kompeni di Melaka? Sejarah fantasi mengatakan Portugis sudah menawan Melaka, pasti tiada hubungan lagi, tapi masih ada.

>>Runtuhan Istana Narai atau Hang Tuah di Ayuthia<<

>>Runtuhan Istana Narai atau Hang Tuah di Ayuthia<<
Lihat rekabentuk pintu masuk tengah dibahagian atas. Jika dibesarkan ia seperti bentuk kubah masjid.

>>Makam-makam yang dipinggirkan di Kedah.

>>Makam-makam yang dipinggirkan di Kedah.
Inilah makam-makam yang dipinggirkan oleh pihak berkuasa kita hari ini. Kita bermegah dengan pertuanan bangsa Melayu tapi tiada tindakan untuk memeliharanya buat generasi akan datang. Sampai bilakah kita harus membiarkan perkara ini berlarutan, hanya untuk belang mereka-mereka yang memutarbelitkan sejarah?

Buku Undang-Undang Kedah sebagai BUKTI rujukkan

Buku Undang-Undang Kedah sebagai BUKTI rujukkan

Buku Undang-Undang Kedah sebagai BUKTI rujukkan
Inilah MANUSKRIP yang DIBUKUKAN, menjadi rujukkan utama kami, diselanggarakan oleh Maryam Salim, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005. Bagi peminat sejarah jangan lupa mendapatkan buku ini (bukan nak kempen, tapi relevan dan BUKTI UTAMA). Segala rahsia dan tembelang penjajah dan sekutunya terbongkar di sini.

Raja Islam Monggol India terakhir

Raja Islam Monggol India terakhir
Kulit buku “The Last Mughal”. lihat naga pada tanda merah

Di Buang ke Burma pd tahun 1857(Klik gambar untuk melihat VIDEO makam baginda di Rangoon, MYANMAR)

Di Buang ke Burma pd tahun 1857(Klik gambar untuk melihat VIDEO makam baginda di Rangoon, MYANMAR)
Empayar Monggol Islam India dijatuhkan oleh Inggeris dan baginda dibuang daerah ke Burma. Inilah satu-satunya gambar terakhir baginda sebelum mangkat dalam buangan. Baca catatan ini, “Finally, many moons later came Abu Zafar Sirajuddin Mohammed Bahadur Shah Zafar (1775-1862), son of Akbar Shah II, last of the Mughal emperors. Zafar’s reign was witness to unrest, British domination and the First War of Independence of 1857. He was nominated as a leader by nationalist forces and captured when the rebellion failed. Sadly, his sons were executed in his presence, and their severed heads presented to him. The British exiled him to Rangoon (now Yangon, Myanmar). With his removal, the Mughal dynasty came to a close. The title Emperor of India was taken by Queen Victoria. Bahadur Shah died in exile on November 7, 1862 and is buried near Shwe Degon Pagoda, Yangon. Scholars believe a number of Mughal emperors set their tombs in gardens to represent their nomadic past as well as to express a desire to settle. Of those glorious lives, little remains, apart from dusty plaques. It is funny what time can do.The last emperor, who was also an Urdu poet, used this as his epitaph: Hai kitna badnasiib Zafar dafn ke liye, Do gaz zameen bhi na mili ku-e-yaar mein bermaksud Apalah malang nasib Zafar, Dikebumikan pada dua ela tanah tidak kedapatan, kini berehat di daerah yang dicintai.

DUIT SYILING TAHUN 121H

DUIT SYILING TAHUN 121H
Duit syiling muka depan dengan perkataan Allah dan Muhammad serta wang syiling muka belakang dengan ukiran kapal layar. Hiasan disekelilig duit ini menggunakan motif china.

Kedah bermaksud Surat Watikah

Kedah  bermaksud Surat Watikah
Dalam bahasa siam (bukan bahasa thai) yang digunakan oleh orang-orang melayu di Kedah, kedat bermaksud kertas, sementara KEDAH pula bermaksud “surat watikah” yang diberikan oleh Maharaja China Sai Tee Sung kepada cucunya Putera Waren Wong Ser (Merong Mahawangsa) untuk menyebarkan Syiar Islam di Nusantara Kepulauan Melayu.Terdahulu Maharaja China ini telah memelok Islam dalam tahun 650 masihi melalui utusan Rasullullah SAW bernama Saad bin Waqas yang datang ke Negeri China.

Alat Kebesaran Perak

Alat Kebesaran Perak
Gelang kaki yang berbentuk Naga dirampas oleh Inggeris dari Paduka Seri Sultan Ismail, Raja Kinta. Sultan Ismail Kinta @ Raja Ismail adalah anakanda Syed Mohd Hatta, sepupu dengan Long Jaafar.

>>BATU IBNU SIRDAN 213 HIJRAH

>>BATU IBNU SIRDAN 213 HIJRAH
Dijumpai dicelah-celah batu candi oleh Dr Othman Md Yatim.Sekiranya terdapat batu candi dengan nama dan tulisan Arab adakah candi untuk penganut agama Hindu. Gambar dari blog naim firdausi

>>Makam Sultan Sheikh Abdul Kadir ibni Sultan Hussain Syah Alirah-904 masihi

>>Makam Sultan Sheikh Abdul Kadir ibni Sultan Hussain Syah Alirah-904 masihi
Baginda merupakan Sultan ke 5 Nagara Kedah dari keturunan Merong Mahawangsa. Pada makam baginda tertulis nama baginda, kalimah dan tarikh kemangkatan. Namun begitu baginda hanya dianggap ulamak yang mengajar pondok di Langgar sahaja.Di zaman dahulu, gelaran ‘ibni’ dan ‘syah’ tidak di gunakan oleh orang kebanyakkan.

Sheikh Abdul Kadir ibni Hussein Syah Alirah

Sheikh Abdul Kadir ibni Hussein Syah Alirah
Makam ini bertarikkh 904 masihi terletak di Tanjong Inggeris, Langgar Kedah. Bagaimana pula dikatakan Islam sampai ke Melaka tahun 1400? Melaka yang mana, Semenanjong melaka atau Melaka bandaraya bersejarah yang kita tahu hari ini? Kerja siapa yang menulis semula sejarah dengan menjadi penaung penulisan sejarah di Melaka dulu @ lebih manis lagi sebagai penulis upahan penjajah Inggeris?

>>Batu Bersurat Terengganu<<

>>Batu Bersurat Terengganu<<
Di jumpai dalam Sungai Tersat. Tersat bermaksud, ‘tempat campak’. Kebijaksanaan orang-orang Islam Terengganu ketika itu, bagi mengelakkan batu tersebut dipecahkan tentera Chakri Rama II dalam tahun 1815, telah mencampakkan kedalam sungai sebagai bukti kepada generasi akan datang. Raja Mandalika ialah Sultan Madzafar Syah III, Nagara Kedah. Di Ayuthia baginda bergelar Rama Thibodi I. Bertarikh 4 Rejab 702 Hijrah (22 February 1303).

Masjid Kakap

Masjid Kakap
Masjik Kakap di Kampung Bujang, Merbok. Ka-kap dalam bahasa siam Kedah (bukan thai) bermaksud, “Saya bang (azan)”

>>MAHARAJA CHINA ISLAM SAI TEE SUNG DARI DINASTI TANG

>>MAHARAJA CHINA ISLAM SAI TEE SUNG DARI DINASTI TANG
Maksud menurut bahasa Siam Kedah, “Sai – pemerentah kawasan, Tee-tempat, Sung- yang tinggi”. KUNING adalah warna Maharaja China, begitu juga warna raja-raja siam islam seperti tercatat dalam Undang Undang Kedah. Raja-raja siam islam ini adalah raja-raja melayu hari ini. Di Islamkan oleh utusan baginda Rasullullah SAW bernama Saad Bin Waqas dalam tahun 650 masihi di negeri China. Maka berkuning jugalah warna raja-raja kita hari ini seperti mana warna Maharaja China zaman dahulu. Berpayung kuning lah juga mereka, padahal mereka adalah raja-raja daerah. yang Di pertuan Agong, waris yang sebenar dipinggirkan dan disisihkan bersama-sama sejarah sebenar. Maka hilanglah Kutbah Wida yang ditinggalkan baginda Rasulullah SAW.

Laksemana Cheng Ho @ Man San Bao @ Haji Mahmud Syam

Laksemana Cheng Ho @ Man San Bao @ Haji Mahmud Syam
Click gambar untuk ke Suara Merdeka : Menyelia wilayah Maharaja China Dinasti Ming di Selat Melaka dan Nusantara kerana berada dibawah naungan Maharaja Islam itu. Lihat gambar Naga pada baju baginda. Ayah dan datuk Cheng Ho turut pernah mengerjakan Haji ke Tanah Suci Mekah. Ada catatan yang menyebut Cheng Ho mempunyai 2 orang adinda perempuan. Seorang puteri itu kami ketahui berkahwin dengan Rama Tibodi Parameswara Sultan Rijaluddin ibni Mohammad Johan Syah Al Adil. Permaisuri ini, hari ini kita kenali sebagai Puteri Lindungan Bulan dan baginda bersemayam di Kota Naga, Jenan berhampiran Jitra Kedah. Sementara seorang lagi puteri kami tidak mengetahui (mungkin Samudera Pasai). Namun begitu, sebagai makluman cerita Puteri Lindungan Bulan ini terdapat banyak versi termasuklah versi Acheh. Mungkinkah seorang lagi puteri ini dikahwinkan dengan Putera Raja disana?

Kapal Laksemana Cheng Ho

Kapal Laksemana Cheng Ho
Bandingkan saiz kapal layar tentera China yang di ketuai oleh Laksemana Cheng Ho dengan kapal Christopher Columbus. Patutlah kehadiran mereka di Nusantara digeruni kawan dan lawan

>>BENDERA TENTERA CHINA ISLAM

>>BENDERA TENTERA CHINA ISLAM
Me Rong – Naga Laut, Maha – Pembesar-, Wang Ser -puak tentera (bangsa harimau). Bendera ini dijumpai dalam website Maharaja China semenjak tahun 1996 lagi. Sekarang bendera ini muncul semula tanpa kalimah diatas.Nampak gayanya ada pihak yang belum berpuas hati dan masih cuba menggelapkan sejarah bangsa Melayu dari rumpun Siam ini dengan membuang kalimah tersebut.

Generasi Rakyat Biasa di Kedah, Waris Kesultanan Melaka dan Empayar Benua Islam Siam, Nagara Kedah.

Generasi Rakyat Biasa di Kedah, Waris Kesultanan Melaka dan Empayar Benua Islam Siam, Nagara Kedah.
Di tengah, Tuanku Nai Long Haji Yassin ibni Sultan Jaafar Mad Azam Syah ketika tua bergambar bersama 2 orang anaknya sebelum berangkat mengerjakan haji ke tanah suci Mekah. Disebelah kanan, berbaju melayu hitam ialah anak sulongnya Tuanku Nai Long Mahmud dan dikiri anak kedua Tuanku Nai Long Abdullah. Tuanku Nai Long Haji Yassin hanya mempunyai 2 orang anak lelaki sahaja, seperti digambar ini.Tuanku Nai Long Mahmud adalah datuk kepada Tuanku Nai Long Kasim. Apabila kembali dari Mekah, Tuanku Nai Long Hj Yassin berkata kepada anak dan cucunya, “Habis dah cik oi, depa bagi orang lain duduk Rumah Legeh, hak tok nenek kita dulu tu”, berikutan kematian penjaga rumah Legeh di Tanah Suci Mekah. Pada pendapat anda adakah mereka kelihatan seperti orang Siam? Tidak bukan, mereka jelas orang Melayu. Untuk maklumat pembaca ketiga-tiga beranak ini mahir bertutur dalam Bahasa Siam Kedah.

Waris Sultan Muhammad I Kelantan.

Waris Sultan Muhammad I Kelantan.
Raden Megat Tunku Bahadur Syah dari keturunan Nik Muhammadiah, nama sebenar Sultan Muhammad I Kelantan (dari jurai Tengku Long Putera ibni Sultan Muhammad Jiwa Nai Nal Adilin) yang juga dari keturunan Pija Tuk Nakpa Sultan Ismail Jammu Patani putera kepada Raja Jammu Kashmir. Sekarang ini beliau menetap di Kedah. Penulisan sejarah Kelantan mengatakan Sultan Muhammad I Kelantan tidak mempunyai anak lalu menganbil anak angkat. Memang betul baginda mengambil anak angkat, tetapi baginda pun mempunyai anak-anak sendiri hasil perkahwinan dengan permaisurinya Datuk Nai Maryam ibni Sheikh Abdul Latif. Fitnah ini, melalui penulisan sejarah Kelantan hari ini adalah ibarat matlamat menghalalkan cara agar MENGESAHKAN keturunan Long Senik Mulut Merah bergelar Sultan Muhammad II yang dilantik oleh PENJAJAH THAI lalu megepalai tentera dari Bangkok untuk menyerang Patani dalam negeri Legeh. Samalah kisahnya di Kedah juga dimana Sultan Abdul Hamid Halim Syah dilantik oleh mereka. Yang kita pelajari adalah sejarah dan salasilah mereka yang berkuasa hari ini, salasilah mereka yang berhak dipadamkan dari lipatan sejarah. Semoga Allah melaknati mereka-mereka yang turut bersubahat menutup kebenaran sejarah pemerentah dan agama Islam milik NYA dari waris Bani Hasyim.

Paduka Sri Raja Muhammad Yusuf Al Mahadi, Sultan Riau Lingga

Paduka Sri Raja Muhammad Yusuf  Al Mahadi, Sultan Riau Lingga
Paduka Seri Sultan Muhammad Yusuf Al Mahadi ibni Sultan Ali Alauddin Riayat Syah ibni Sultan Mud Zaffar Syah III (Perak) ibni Sultan Khalifah Sharif Abu Bakar Syah. Baginda adalah cicit kepada Khalifah Sharif. Baginda dibunuh oleh Inggeris dalam tahun 1899, 20 tahun selepas kematian abang pupunya, Sultan Jaafar Mad Azam Syah, juga ditangan Inggeris. Dua anakanda baginda telah dilarikan oleh pengikutnya ke Kedah dan dipelihara oleh bapa saudara baginda, Datuk Nai Inderajaya. Mereka ialah YM Raja Saman dan YM Raja Isa. YM Tuanku Nai Long Kasim, waris mutlak Maharaja Siam bersangkut di kedua belah pihak ayahanda dan bondanya. Ada iras wajah TNL Kasim dari pengamatan saya.Seperkara lagi yang paling ketara, waris Maharaja Benua Islam Siam ini semuanya cepat beruban dari rambut sehingga ke misai dan janggut.Gambar ini dari Kesultanan Riau. Gambar yang sama dalam simpanan keluarga disini hampir rosak.

>>Peta Melaka>>

>>Peta Melaka>>
Peta Belanda ini lebih fokus kepada Riau Lingga. Peta penuh menunjukkan Melaka, Selatan Perak, Selangor Johor, Singapura dan Riau Lingga. Itulah jajahan Melaka, bukannya kecil seperti yang kita ketahui hari ini. Peta lama, sebelum kedatangan Inggeris menunjukkan seluruh semenanjong sebagai Malacca. Bahasa Malayu adalah bahasa Perdagangan, bukan BANGSA. Dimana Semenanjong Tanah Melayu ketika itu? Jelas Melayu adalah agenda penjajah Inggeris untuk mendaulatkan wilayah penjajahannya.

>>Kerajaan Islam Toung Oo @ Taungu

>>Kerajaan Islam Toung Oo @ Taungu
Kerajaan ini merupakan sebahagian dari Empayar Benua Islam Siam Ayuthia seperti juga Acheh, Kemboja Chempaka Sari dan Melaka. Sebab itulah di sebut Benua atau Meang Kuang bermaksud Nagara Luas.

>>Balai Nobat, di Alor Setar Kedah

>>Balai Nobat, di Alor Setar Kedah
Pembinaannya diarahkan oleh Sultan Muhiyuddin Mansor Syah. Balai nobat ini sebenarnya bukan balai nobat ! ! Ia mimbar masjid..tapi dimana masjidnya..ia telah dirobohkan dan digantikan dengan bangunan mahkamah berhampiran lampu isyarat dizaman penjajah Inggeris/Sultan Abdul Hamid dulu. Di Mahkamah lama dulu terdapat Masjid dan Mahkamah Syariah. Inggeris kemudiannya membina Masjid Zahir yang kita lihat hari ini.

>>Tinggalan Istana Narai @ Hang Tuah

>>Tinggalan Istana Narai @ Hang Tuah
Binaan disebelah kiri tidak jauh bezanya dengan candi Lembah Bujang, Merbok, Kedah

>>Candi Lembah Bujang

>>Candi Lembah Bujang
Bandingkan dengan binaan Istana Narai. Ini sebenarnya binaan senibina Kota Benua Islam Siam, bukan candi agama hindu.Candi agama hindu binaannya lebih kepada bahan binaan seperti Borobudur di Jawa, berwarna hitam. Masyarakat majmuk memang telah ada ketika itu, sebab itulah terdapat 2 binaan yang berbeza.

>>Makam Raja Merong Mahawangsa

>>Makam Raja Merong Mahawangsa
Pandangan Makam yang dibumbungkan, berlatarbelakangkan gunung Jerai. Saya difahamkan bahawa Jabatan Muzium dan Antiquiti telah mewartakan seluas 5 ekar untuk muzium baru Sejarah Kedah berlandaskan kedatangan Islam ke Nusantara. Nampak gayanya doa orang-orang yang teraniaya telah dimakbulkan oleh Allah SWT.

>>Tinggalan Istana Raja Bersiong

>>Tinggalan Istana Raja Bersiong
Tunku Sulaiman menetap di istana ini satu ketika dahulu. Satelah diadili dan didapati bersalah memakan beberapa orang tentera China Manchu, dia melarikan diri ke Singgora ( Songkhala ) dan dibunuh oleh Narai @ Hang Tuah di sana. Narai adalah Paduka Seri Sultan Iskandar Muda Thani, Sultan Acheh. Apabila bertemu dengan Tunku Sulaiman di Singgora (Sonhkhala) dengan nada keras,kata Hang Tuah,”Na rai ? Beta ni siapa? Bapa saudara hang lah.”…mcm tulah lebih kurang cerita yg diriwayatkan.

>>Perspektif Ayuthia

>>Perspektif Ayuthia
Terletak di persimpangan 3 sungai.

>>Peta Ayuthia

>>Peta Ayuthia
Ayuthia bermaksud tempat semayam raja-raja ibarat sebuah pulau memungkinkan ia ditawan sukuthai diketuai Alaungpaya dalam tahun 1767.

>>Candi Pagar Air, Alor Setar Kedah

>>Candi Pagar Air, Alor Setar Kedah
Tnggalan dinding candi di Pagar Air masih berdiri teguh dari bata jenis leper dan lebar. Kenape Candi ini tidak dirobohkan oleh Inggeris dahulu? Ia gagal di kesan oleh mereka dan hari ini ia menjadi bukti bahawa candi tidak hanya berada di Lembah Bujang, Merbok sahaja.

Lambang Kerajaan Siak

Lambang Kerajaan Siak
Jelas naga di kiri dan kanan

Lambang Kerajaan Langkat

Lambang Kerajaan Langkat
Lebih jelas naga di kiri dan kanan “Langkat arms ini”, membuktikan mereka juga adalah dari waris Maharaja China zaman dahulu yang beragama Islam

Pintu Gerbang Songkhala

Pintu Gerbang Songkhala
Naga jelas dibahagian atas, kiri dan kanan. Rekabentuknya seperti pintu gerbang di kuala Kedah dahulu. Ban Nai Lang di Songkhala merujuk kepada Ban-Kampung, Nai-Syed, Lang-Alang atau Kampung Syed Alang Alauddin (Panglima Bukit Gantang) sewaktu beliau menjadi Raja Songkhala dahulu. Beliau juga bergelar Datuk Ku Raja Chenak.

Pintu Gerbang Kacapuri

Pintu Gerbang Kacapuri
Ini adalah replika pintu Kancapuri di Muzium Negeri kedah. Lokasi asal pintu ini terletak di Kuala Kedah telah pun roboh dimakan usia. Rekabentuknya tidak banyak beza dengan Pintu Gerbang Songkhala terutama di Bahagian tepi.

>>Tuanku Nai Long Kasim ibni Tuanku Nai Long Ahmad ibni Tuanku Nai Long Mahmud

>>Tuanku Nai Long Kasim ibni Tuanku Nai Long Ahmad ibni Tuanku Nai Long Mahmud
Waris Mutlak, Maharaja Benua Islam Siam, Nagara Kedah sedang memberi penerangan sambil memegang buku Undang Undang Kedah. Bertemu dengan beliau, fizikalnya ada iras Tuanku Syed Sirajuddin, Raja Perlis. Mana tidaknya, peringkat sepupu sahaja dengan TNL Kassim.

>>Tuanku Nai Long Kassim dan Isteri Nai (Syarifah) Ngah Bedah Asmah<<

>>Tuanku Nai Long Kassim dan Isteri Nai (Syarifah) Ngah Bedah Asmah<<
Gambar diambil selepas perkahwinan mereka.

Waris Raja Besar Benua Islam Siam

Waris Raja Besar Benua Islam Siam
Dikiri TNL Zain Mahmud (anak), TNL Mahmud (ayah) dan TNL Kassim (cucu). Gambar ini dirakamkan sejurus selepas bertemu dengan Dato Onn Jaafar sempena lawatannya ke Kedah.

>>TUANKU NAI LONG HAJI ABDULLAH IBNI TUANKU NAI LONG HAJI YASSIN<<

>>TUANKU NAI LONG HAJI ABDULLAH IBNI TUANKU NAI LONG HAJI YASSIN<<
Tuanku Nai Long Abdullah adalah adalah adinda kepada TNL Hj Mahmud. Menjadi penghulu Mukim Tualang dan pernah menceritakan seramai 5 generasi keturunannya. Kisah datuknya, Sultan Jaafar Mud Azam Syah dapat diceritakan dengan terperinchi. Baginda juga adalah cucu kepada Sultan Muhammad I @ Long Nik Muhammadiah dan Permaisurinya Datuk Nai Maryam ia itu Sultan Legeh (Kelantan, Trengganu, Yala, Patani dan Narathiwat) yang terakhir sebelum dirampas oleh Long Senik yang dilantik oleh Raja Thai Buddha

>>TNL Abdullah<<

>>TNL Abdullah<<
Ketika tua siap untuk mengerjakan sembahyang Hari Raya Qurban. Mengenali Sultan Kedah secara peribadi kerana pernah menjadi pengapit raja muda di suatu masa dahulu. Mengenali ahli-ahli keluarga kerabat di raja Kedah. Mangkat, 1987. Wasiat baginda telah pun disampaikan. Alfatihah.

>>Tuanku Nai Long Hj Mahmud

>>Tuanku Nai Long Hj Mahmud
Kekanda kepada Tunku Nai Long Hj Abdullah. Berjuang bersama Panglima Nayan dan Awang Po menentang Inggeris dan penjajah Thai. Wasiat baginda telah pun disampaikan. Alfatihah.

>>Makam Tuanku Nai Long Mahmud ibni Nai Long Haji Yassin

>>Makam Tuanku Nai Long Mahmud ibni Nai Long Haji Yassin

>>Tuanku Nai Long Haji Yassin Al Haj ibni Sultan Jaafar Muadzam Syah.

>>Tuanku Nai Long Haji Yassin Al Haj ibni Sultan Jaafar Muadzam Syah.
Dilarikan dan disembunyikan oleh pengawal perbadi sultan ke Bukit Perak berhampiran Titi Akar di Kedah selepas ayahandanya Sultan Jaafar Muadzam Syah @ Long Jaafar dibunuh oleh Inggeris dan Thai di Gurun dalam tahun 1876. Wasiat baginda telah pun disampaikan. Alfatihah.

Makam Tuanku Nai Long Haji Yassin ibni Nai Long Jaafar @ Sultan Jaafar Madazam Syah.

Makam Tuanku Nai Long Haji Yassin ibni Nai Long Jaafar @ Sultan Jaafar Madazam Syah.

>>SULTAN JAAFAR MUD AZAM SYAH @ LONG JAAFAR, <<

>>SULTAN JAAFAR MUD AZAM SYAH @ LONG JAAFAR, <<
YANG DI PERTUAN KEDAH 1862-1876 (terakhir), Di kenali sebagai Long Jaafar di Perak sebelum menaikki takhta sebagai Maharaja Benua Islam Siam Nagara Kedah. Baginda disebut-sebut sebagai Orang Kaya @ Penghulu. Penghulu adalah bertaraf raja daerah. Tidak juga disebut bahawa baginda jugalah Bendahara @ bakal pengganti maharaja dizaman dahulu. Baginda dibunuh oleh tentera Thai dalam tahun 1876 dengan cara dipijak dengan gajah di belakang tapak Balai Polis Gurun hari ini. Thai menjajah Kedah selama 5 tahun, sehingga tahun 1881. Sepanjang tempoh ini, mereka memusnahkan bukti-bukti sejarah seperti istana dan kota-kota bersejarah (lebih 15 kesemuanya). Kemudian dalam tahun 1881 barulah mereka melantik Sultan Abdul Hamid, Raja Kota Kuala Muda sebagai Sultan Kedah. Kenapa sejarah ini digelapkan?

>>GAMBAR LONG JAAFAR<<

>>GAMBAR LONG JAAFAR<<
Dari rekod kerajaan Perak tidak banyak beza dengan gambar yang disimpan oleh warisnya di Kedah. Gambar ini baru saja dijumpai.

>>Candi Alor Raja<<

>>Candi Alor Raja<<
Tinggalan sebahagian candi di Alor Raja, Langgar Kedah

Makam Marhum Maulana Syah Alam Kota Palas, Pulau Langkawi, 1078 Hijrah

Makam Marhum Maulana Syah Alam Kota Palas, Pulau Langkawi, 1078 Hijrah
Sepertimana tercatat dalam Undang-Undang Kedah,ms 17. Baginda adalah Sultan Muhiyuddin Mansor Syah bergelar Boromokot di Ayuthia. Baginda adalah ayahanda kepada Syarif yang Di Pertuan Kedah (bergelar Boromoraja Ekataat V di Ayuthia dan Mahadamayaza di Toung Oo, Myanmar). Mahadammayaza adalah dari Bahasa Arab bermaksud darah dari berlainan raja atau keturunan. Ini adalah kerana bondanya adalah puteri Hang Li Po yang berkahwin dengan Sultan Muhiyuddin Mansor Syah. Macamana kita tak kata sejarah melaka telah dirombak oleh penjajah? Walaupun ada tercatat dalam Undang-Undang kedah, konspirasi menutup sejarah masih lagi berjalan dengan melabelkan makam ini sebagai makam purba.

>>Makam Khalifah Sharif Abu Bakar Syah, Boromoraja V, Kaha Ekataat.

>>Makam Khalifah Sharif Abu Bakar Syah, Boromoraja V, Kaha Ekataat.
Sepertimana tercatat dalam manuskrip Undang-Undang kedah,ms 43,”Dan kebesaran Syarif dan menteri pada masa membaca surat utusan, duduknya diatas panglima negeri. Pada masa itu dialah raja”. Merupakan pemerintah terakhir Benua Islam Siam Ayuthia, Nagara Kedah (terakhir memerentah dari Ayuthia). Makam baginda terletak di Kg Tualang Kedah.Baginda dibunuh tentera Chakri Rama II dalam tahun 1821 di Istana Kota Meang Kuang (bermaksud nagara luas), Bandar Darul Aman. Boromoraja bermaksud Paramaraja @ Parameswara. Baginda adalah anakanda kepada Maulana Syah Alam Sultan Maulana Muhiyuddin Mansor Syah, Marhum Kota Palas Pulau Langkawi.

>>Sultan Abdul Hamid dan Mak Cik Manjalara

>>Sultan Abdul Hamid dan Mak Cik Manjalara
Paduka Seri Sultan Abdul Hamid adalah Raja Kota Kuala Muda (Sg Petani) semasa Sultan Jaafar Mudazam Syah dibunuh thai dalam tahun 1876 oleh tentera thai yang bertapak di Ruwat, Kg Yan Kedah. Mereka dibawa masuk secara senyap oleh Paduka Seri Sultan Abdul Hamid ketika itu. Mereka kemudian menjajah Kedah selama 5 tahun. Dalam tahun 1881, melantik (bukan di tabal) baginda menjadi Sultan Kedah. Makcik Manjalara adalah anak Rama V, Chula Luang Khorn (Chulalongkorn). Untuk itu, Sultan Abdul Hamid membina sebuah wat untuk isterinya di Kanchut, belakang Muzium Alor Setar hari ini.

>>Paduka Seri Sultan Abdul Hamid

>>Paduka Seri Sultan Abdul Hamid
Raja Kuala Muda yang menjadi Sultan Kedah dari keturunan Ahmad Tajuddin Halim Syah II. Bandar Sungai Petani termasuk Sungai Merbok dan Istana Pulau Tiga, makam Raja Merong Mahawangsa di Kg Langgar, Bujang, Sungai Mas semuanya terletak dalam Daerah Kuala Muda. Ahmad Tajuddin Halim Syah II sekembalinya dari Melaka mungkin diampunkan dan ditempatkan oleh Syed Alang Alauddin sebagai Raja Kuala Muda. Akan tetapi kerosakkan yang telah beliau lakukan dalam penulisan sejarah tanah air jauh lebih parah dari yang dijangkakan. Langkah ini diteruskan oleh Sultan Abdul Hamid dengan bukunya Al Tarikh Salasilah Negeri Kedah yang bertujuan untuk menukar sejarah kedatangan agama Islam ke Kedah lantas memadamkan usaha murni dan dakwah Raja Merong Mahawangsa dahulu. Maka hilanglah Maharaja yang bergelar Maulana, Kaifa, Khalifah dll. (nasib baik ada UUK, maka pecah lah tembelang mereka)

>>MAKAM RAJA PERLIS PERTAMA DAN KE V

>>MAKAM RAJA PERLIS PERTAMA DAN KE V
MAKAM SYED MOHD HATTA,MANGKAT1821 (DEPAN) DAN SYED MOHD ALWI, MANGKAT 1863 (BLKG) DI LANGGAR KE 2, DIJUMPAI DIDALAM HUTAN DALAM KEADAAN TERBIAR.

>>Mimbar Masjid Ayuthia

>>Mimbar Masjid Ayuthia
Mengikut Proffesor Madya Plubplung Kongchana, Pengarah, Institut Kajian Asia Pasifik dari Universiti Srinakharinwirot, terdapat 21 buah masjid didalam Kota Ayuthia dan orang-orang Parsi memanggil Ayuthia sebagai Shahri Nao atau Shahrul Nuri. Pelawat-pelawat yang bekunjung ke Ayuthia merasa kagum dengan senibinanya

Mimbar Masjid di Thailand hari ini.

Mimbar Masjid di Thailand hari ini.
Janganlah kita risaukan akan rekabentuknya kerana seni rekabentuknya adalah mengikut kesenian masyarakat setempat. Jelas Islam bukan milik orang melayu dengan keseniannya sahaja,

>> King Ekatotsarot , 1605-1610

>> King Ekatotsarot , 1605-1610
Nama sebenar baginda ialah Tuanku Shaari Riayat Syah. Baginda adalah Raja Riau & Pagoh.

>>Narai @ Tun Saaban memakai Keris?

>>Narai @ Tun Saaban memakai Keris?
Sebuah mural pada perabot dari Ayuthia yang di simpan di Muzium di Bangkok. “King Narai himself is said to have been under Iranian cultural influence in terms of his daily food and dress and his preferred architectural styles”, M. Ismail Marcinkowski, Phd, “SAFINE-YE SOLAYMANI”

>>Tinggalan Istana Narai di Ayuthia

>>Tinggalan Istana Narai di Ayuthia
Tulisan Ayat Quran diatas kebanyakkan pintu gerbang pintu telah dipecahkan. Situasi yang sama pada pintu gerbang Kota Kuala Muda.

>>RUNTUHAN ISTANA NARAI<<

>>RUNTUHAN ISTANA NARAI<<
Di sini lah Narai@Tun Saaban menerima tetamu dari Perancis (gambar bawah) di zaman pemerintahan baginda. Peranchis menyimpan banyak bukti sejarah Ayuthia yang cuba di sembunyikan. Gambar 21 masjid di Ayuthia (di bwh blog ini) diperolehi oleh Assoc Prof Plubplung Kongchana adalah dari rekod Peranchis, bukannya Inggeris.

>>NARAI MEMAKAI MAHKOTA AYUTHIA

>>NARAI MEMAKAI MAHKOTA AYUTHIA
Narai sedang menyambut tetamu dari Perancis dengan memakai Mahkota Ayuthia berbentuk “cone”. Nama baginda, Narai di Ayuthia, semasa muda sebagai Hang Tuah di Melaka, terakhir bergelar Iskandar Mahkota Alam di Acheh dan nama sebenar baginda ialah Tun Saaban. Kita pun berkerja dan mendapat kenaikkan pangkat, inikan pula mereka. Takkan lah kekal ditampuk itu sahaja. Tentang panggilan pula, kita pun punya banyak gelaran dan panggilan dari rakan-rakan. Ia juga bergantong kepada siapa yang menulis sejarah dan dimana ia ditulis. Sebelum ini kami mencatatkan nama Iskandar Muda Thani, kami tersilap. Maklum sajalah bila dah banyak maklumat baru yang kami dapat.Terima kasih kepada pembaca yang menunjukkan kepada kami yang alpa.

>>Makam Raden Megat Tam Tunggal

>>Makam Raden Megat Tam Tunggal
Raden Megat Tam Tunggal adalah putera kepada Sultan Idris Jambu Patani. Baginda terkorban sewaktu peperangan Musuh Bisik 1821. Di Pendang juga terdapat kampung yang bernama Tanjong Raden sempena memperingati nama baginda. Sila lihat archive video bulan September.

>>Istana Raja Ligor atau Istana Nakon Sithammarat

>>Istana Raja Ligor atau Istana Nakon Sithammarat
Istana ini masih lagi kukuh hingga kehari ini. Binaan bata merah sama seperti Candi Pagar Air dan Candi Siam islam di Lembah Bujang, Merbok, Sungai petani, Kedah.

>>Makam Tok Soh, Permaisuri Raja Merong Mahawangsa sekitar 800 masihi.

>>Makam Tok Soh, Permaisuri Raja Merong Mahawangsa sekitar 800 masihi.
Tok Soh @ Sharifah Maryam ibni Syed Jamal Al Jefri adalah permaisuri kepada Raja Merong Mahawangsa. Makam Tok Soh terletak dalam kawasan loji air di Kg Tok Soh Kulim Kedah. Istana disitu telah dirobohkan oleh Inggeris namun telaga yang membekalkan air masih lagi terdapat disitu. Agak menghairankan, dimana saja terdapat bukti sejarah, disitu jugalah dibinanya loji air, macam tak ada lokasi lain. Al Jefri adalah dari titisan keturunan bagainda Rasulullah SAW dan titisan ini turun walaupun waris perempuan sepertimana turunya titisan keturunan dari Siti Fatimah.

>>MAHA THAMMARAJA, ZAHIRUDDIN BABUR SYAH, RAJA MONGGOL INDIA

>>MAHA THAMMARAJA, ZAHIRUDDIN BABUR SYAH, RAJA MONGGOL INDIA
Maha Thammaraja, King Narayanan India berkahwin dengan Tengku Nor Aisyah @ Mahin Inta Tiral, Puteri Sultan Rijaluddin Muhammad Johan Syah. Besarlah Empayar Benua Islam Siam Ayuthia hingga ke Ayodha, India. Baginda Zahiruddin adalah datuk kepada Sultan Mahmud Syah Melaka, Tun Saaban @ Hang Tuah dan Per Abu.Baginda dikatakan datang ke Istana Nakon Si Thammarat diiringi panji-panji dan bendera islam, diarak ribuan tentera bergajah dan berkuda, dari Parsi dan Portugis yang beragama Islam.

>>Masjid Achen Street di Pulau Pinang, dibina tahun 1808

>>Masjid Achen Street di Pulau Pinang, dibina tahun 1808
Masjid ini mempunyai minaret yang terletak di sebelah masjid, seperti bentuk pagoda di Ayutthaya Siam pada zaman dahulu.

Masjid Phattalung, Selatan Thailand.

Masjid Phattalung, Selatan Thailand.
Mimbar masjid Phattalung ini juga berasingan dari bangunan masjid.

Syah Alam Yang Maha Mulia Nai Hisbu Madazam Syah ibni Sultan Zahiruddin Bahadur Syah (Babur)

Syah Alam Yang Maha Mulia Nai Hisbu Madazam Syah ibni Sultan Zahiruddin Bahadur Syah (Babur)
DE Magnificient, H.E Supreme Royal of Siam, Raja Kota Beruas. Adinda-adinda baginda menggelar baginda sebagai phe-raq yang bermaksud, abang yang dikasihi. Wajah iras gambar ayahandanya, Zahiruddin Bahadur Syah seperti diatas.

>>Candi Pagar Air

>>Candi Pagar Air
Candi ini terletak berhampiran Langgar, sekaligus menyangkal bahawa candi hanya terletak di Lembah Bujang sahaja.Candi in di kambus dengan tanah dibahagian tengah tetapi tidak di robohkan.

>>Makam Sultan Jaafar dan Ayahanda baginda, Syed Alang Alauddin

>>Makam Sultan Jaafar  dan Ayahanda baginda, Syed Alang Alauddin
Sultan Jaafar Mad Azm Syah telah dibunuh Thai dan Inggeris dalam tahun 1876 di Gurun kedah dengan cara dipijak oleh gajah.Adinda baginda Nai Long Abu Toha, Raja Bagan Serai, turut dibunuh di Perai oleh Inggeris dan Thai.

>>Pembunuhan dengan gajah.

>>Pembunuhan dengan gajah.
Begini lah teknik yang digunakan oleh Inggeris dan Thai sewaktu membunuh Sultan Jaafar Mad Azam Syah dalam tahun 1876 dahulu di belakang balai Polis Gurun.Gurun bermaksud ‘gerun”. Thai kemudiannya menjajah Kedah selama 5 tahun hingga tahun 1881dan memusnahkan 15 istana Maharaja Benua Islam Nagara Kedah. Chulalongkorn kemudiannya melantik menantunya Sultan Abdul Hamid yang berkahwin dengan Cik Manjalara menjadi Sultan Negeri Kedah.

>>Makam Sultan Muhammad Syah Yang Adil (1201)

>>Makam Sultan Muhammad Syah Yang Adil (1201)
Pemerintah Nagara Kedah yang ke 10 bergelar Narasu An Ayuthia (Duli Yang Pertuan,Ayuthia). Duit emas yang dijumpai di Langkawi adalah dari zaman pemerintahan baginda.Baginda ayahanda Rama Tibodi I yang membuka Ayuthia.Batu nisan Permaisuri baginda, Puteri Parsi telah dipecahkan dengan tidak sengaja oleh traktor yang mengundur kerana makam ini terletak ditepi jalan. Persatuan Sejarah Negeri Kedah buat apa? Kenapa tidak pagarkan kawasan ini. Takkan lah tak ada peruntukkan untuk menjaga makam-makam ini semua.

Muhammad Syah Al Adil, Al Sultan Al Qadah

Muhammad Syah Al Adil, Al Sultan Al Qadah
Duit emas yang dijumpai tertanam didalam tempayan di Pulau Langkawi. Taktik menanam bukti sama seperti Makam Sultan Muhiyuddin Mansur Syah dan makam Sheikh Abdul Qadir ibni Hussain Syah Alirah sewaktu Thai menjajah Kedah selama 5 tahun dengan izin Inggeris.

DUIT SYILING PATANI @ PITIS

DUIT SYILING PATANI @ PITIS
Rekabentuknya berlubang ditengah, jelas ada pengaruh China pada duit syiling ini.

DUIT @PITIS PATANI DARI ZAMAN LANGKASUKA

DUIT @PITIS PATANI DARI ZAMAN LANGKASUKA
Jelas rekabentuk bunga lotus atau teratai digunakan pada permukaan duit ini. Ciri-ciri teratai ini hanya kedapatan pada makam-makam di raja Siam yang banyak di Kedah. Keturunan Raja Siam islam ini berasal dari Xinjiang di negeri China.

>>Makam Sayyidina Ali wa Maulana Paduka Seri Sultan Jamalul Badrul Munir

>>Makam Sayyidina Ali wa Maulana Paduka Seri Sultan Jamalul Badrul Munir
Pada zaman baginda Undang Undang Kedah mula ditulis tahun 220 Hijrah.Baginda cucu Merong Mahawangsa dan memerintah di Acheh Darrussalam.Makam terletak didalam hutan. Baginda pemerintah ke 3 Nagara Kedah.

>>Makam Puteri kepada Sultan Langkat, Keramat Tok Jame.

>>Makam Puteri kepada Sultan Langkat, Keramat Tok Jame.
Permaisuri kepada Khalifah Syarif, Kaha Ekataat, Maharaja Benua Islam Siam Ayuthia Nagara Kedah terakhir..Baginda permaisuri turut dibunuh thai dalam tahun 1821, begitu juga Ayahanda baginda, Sultan langkat yang bergelar Tok Pasai. Makamnya Tok Pasai terletak di Kuala Kedah, dalam keadaan terabai.

Masjid Koh Kaew, Phuket

Masjid Koh Kaew, Phuket
Bukti bahawa terdapat ramai lagi orang islam di Selatan Thailand hari ini. Kebanyakkan kubahnya seperti gaya monggol India

Masjid Laem Nao, Ranong

Masjid Laem Nao, Ranong
Kubah gaya Monggol India

Duit syiling lama

Duit syiling lama

Duit syiling lama
Duit-duit syiling lama ini ditemui oleh pembaca setia blog ini di Kuala Kedah ! ! ! Setelah kami meneliti manuskrip UUK, persoalannya, adakah Kuala Kedah itu Melaka pada sekitar tahun 1400 dahulu? Sultan Rijaluddin ibni Muhammad Johan Syah adalah Parameswara Melaka bersemayam di Kota Naga di Jenan, Kedah dan ayahandanya Muhammad Syah ialah Muhammad Syah Yang Adil yang mana duit syiling emas dijumpai dalam tembikar di Pulau Langkawi. Ada pihak yang mengambil nama Sultan Rijaluddin Muhammad Johan Syah sebagai satu nama PADAHAL Muhammad Johan Syah adalah nama ayahanda baginda, bukannya nama baginda. Patutlah di Melaka hari ini tidak ada tinggalan ISTANA KESULTANAN MELAKA sepertimana di kawasan lain (yg ada itu replika berdasrkan Hikayat tahayul Hang Tuah sahaja). Empayar ape namanya tanpa istana?…. memerentah kerajaan dari atas pokok ke?

DENGAR KATA NYA……

1. SEWAKTU HENDAK MENCAPAI KEMEREDEKAAN NAMA KEDAH ADALAH DIANTARA NAMA-NAMA YANG DICADANGKAN UNTUK NAMA NEGARA KITA. BETUL KAH?

2. SEAWAL TAHUN 1937 NAMA ‘MALAYSIA’ TELAH DISEBUT DALAM SEBUAH BUKU BERTAJUK,”MALAYSIA: A STUDY IN DIRECT AND INDIRECT RULE” YANG DIKARANG OLEH RUPERT EMERSON, NEW YORK,MC MILLAN (20 tahun sebelum merdeka dan sebelum Jepun menyerang tanah melayu). TAJUK BUKU INI ADA KAMI JUMPAI SEMASA SURFING. JADI persoalannya, NAMA NEGARA KITA MALAYSIA INI AGENDA SIAPA SEBENARNYA?

Tuanku Nai Long Kassim ibni Tuanku Nai Long Ahmad

Tuanku Nai Long Kassim ibni Tuanku Nai Long Ahmad
WARIS KHALIFAH SYARIF ABU BAKAR SYAH DAN LONG JAAFAR MASIH GIGIH MENULIS SEJARAH DENGAN INGATAN YANG MASIH TAJAM DAN KUAT WALAUPUN PADA USIA 70 TAHUN.

THAILAND TIDAK PERNAH DI JAJAH???

MEREKA BERBANGGA BAHAWA MEREKA ADALAH SATU-SATUNYA NEGARA DI ASIA YANG TIDAK PERNAH DIJAJAH.

MEREKA JELAS BERBOHONG KERANA BANGSA THAI YANG BERAGAMA BUDDHA (DARI BANGSA SUK-KHO-THAI) ADALAH PENJAJAH NEGERI SIAM BERMULA TAHUN 1767. SEBELUM PADA TAHUN ITU, NEGERI SIAM ADALAH SEBUAH NEGERI YANG BERAGAMA ISLAM.

SERANGAN MEREKA BERMULA TAHUN 1767 LANTAS MEREKA BERJAYA MENAWAN AYUTHIA.

AYUTHIA TERCATIT SEBAGAI SHAH-RUL-NURI DIMANA HAMZAH FANSURI PERGI UNTUK MENDALAMI ILMU AGAMA ISLAM.

MANA MUNGKIN RAJA-RAJA MELAYU SANGGUP MEMBAYAR UFTI (ZAKAT) KEPADA RAJA SIAM SEKIRANYA MEREKA TIDAK BERAGAMA ISLAM.

MAHARAJA AYUTHIA TERAKHIR, BOROMORAJA EKATAAT MAHA DAMAYAZA HANYALAH GELARAN SAHAJA. IA BERMAKSUD PEMBESAR DARI BERLAINAN DARAH KETURUNAN. NAMA SEBENAR BAGINDA ADALAH KHALIFAH SYARIF ABU BAKAR SYAH. SETELAH AYUHTIA DITAWAN BAGINDA BERUNDUR KE ISTANA NAKHUN SI THAMMARAT DAN DI KENALI SEBAGAI ‘RAJA BAKAR’ @ RAJA NAMBANG (AIR TELOK) SEPERTIMANA TERCATIT DALAM SEJARAH PATANI DAN ‘SYARIF’ DALAM MANUSKRIP UNDANG-UNDANG KEDAH.

TERDAHULU, DALAM HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA TERCATAT BAHAWA NEGERI SIAM LANCANG DIBUKA OLEH SAYYIDINA JAMALUL ALAM BADRUL MUNIR ANAKANDA KEPADA RAJA MERONG MAHAWANGSA YANG BERASAL DARI KEDAH. IA BUKAN DIBUKA OLEH RAJA THAI BUDDHA.

RAJA YANG MEMERENTAH THAILAND HARI INI ADALAH RAJA THAI, BUKANNYA RAJA SIAM. BANGSA TAI BERAGAMA BUDDHA MANAKALA BANGSA SIAM BERAGAMA ISLAM. DUA BANGSA DENGAN DUA BAHASA YANG BERBEZA.

DALAM BAHASA SIAM YANG MASIH DIPERTUTURKAN DI PERLIS, KEDAH DAN KELANTAN ‘SUK-KHO-TAI ‘ BERMAKSUD ‘BANGSA-MUSUH-PUAK KAFIR.’

WONG FEI HONG @ FAISAL HUSSEIN WONG

Dicatat oleh
DRS. KHALIL IDHAM LIM

Selama ini kita hanya mengenal Wong Fei Hung sebagai jagoan Kung fu dalam film “Once Upon A Time in China”.Dalam filem itu, karakter Wong Fei Hung dimainkan oleh aktor terkenal Hong Kong, Jet Li.

Namun siapakah sebenarnya Wong Fei Hung? Wong Fei Hung adalah seorang Ulama, Ahli Perubatan, dan Ahli Beladiri legendaris yang namanya ditetapkan sebagai Pahlawan Nasional China oleh pemerintah China. Namun Pemerintah China sering berupaya mengaburkan jatidiri Wong Fei Hung sebagai seorang muslim demi menjaga imej kekuasaan Komunis di China.

Wong Fei-Hung dilahirkan pada tahun 1847 di Kwantung (Guandong) dari keluarga muslim yang taat. Nama Fei pada Wong Fei Hung merupakan dialek Canton untuk menyebut nama Arab, Fais.Sementara Nama Hung juga merupakan dialek Kanton untuk menyebut nama Arab, Hussein. Jadi, bila di-bahasa-arab- kan, namanya ialah Faisal Hussein Wong. Ayahnya, Wong Kay-Ying adalah seorang Ulama, dan tabib ahli ilmu penrubatan tradisional, serta ahli beladiri tradisional Tiongkok (wushu/kungfu). Ayahnya memiliki sebuah klinik perubatan bernama Po Chi Lam di Canton (ibukota Guandong).

(Harus di ingat gelaran fei ini juga merujuk kepada orang-orang cina muslim di negara kita seketika dahulu,ie, kumpulan Hai San di Perak).

Wong Kay-Ying merupakan seorang ulama yang menguasai ilmu wushu tingkat tinggi.Ketinggian ilmu beladiri Wong Kay-Ying membuatnya dikenal sebagai salah satu dari Sepuluh Macan(Harimau)Kwantung. Posisi Macan Kwantung ini di kemudian hari diwariskannya kepada Wong Fei Hung.Kombinasi antara pengetahuan ilmu perubatan tradisional dan teknik beladiri serta ditunjang oleh keluhuran budi pekerti sebagai Muslim membuat keluarga Wong sering turun tangan membantu orang-orang lemah dan tertindas pada masa itu. Kerana itulah masyarakat Kwantung sangat menghormati keluarga Wong.

Pesakit klinik keluarga Wong yang meminta bantuan perubatan umumnya berasal dari kalangan miskin yang tidak mampu membayar kos perubatan. Walau begitu, Keluarga Wong tetap membantu setiap pesakit yang datang dengan sungguh-sungguh. Keluarga Wong tidak pernah memilih bulu dalam membantu, tanpa memedulikan suku, ras, agama, semua dibantu tanpa pilih kasih. Secara rahsia, keluarga Wong terlibat aktif dalam gerakan bawah tanah melawan pemerintahan Dinasti Ch’in yang rasuah dan penindas.

Dinasti Ch’in ialah Dinasti yang merubuhkan kekuasaan Dinasti Yuan yang memerintah sebelumnya. Dinasti Yuan ini dikenal sebagai satu-satunya Dinasti Kaisar Cina yang anggota keluarganya banyak yang memeluk agama Islam.Wong Fei-Hung mula mengasah bakat beladirinya sejak berguru kepada Luk Ah-Choi yang juga pernah menjadi guru ayahnya. Luk Ah-Choi inilah yang kemudian mengajarnya dasar-dasar jurus Hung Gar yang membuat Fei Hung berjaya melahirkan Jurus Tendangan Tanpa Bayangan yang menjadi lagenda.

Dasar-dasar jurus Hung Gar ditemukan, dikembangkan dan merupakan andalan dari Hung Hei-Kwun, abang seperguruan Luk Ah-Choi. Hung Hei-Kwun adalah seorang pendekar Shaolin yang terlepas dari peristiwa pembakaran dan pembantaian oleh pemerintahan Dinasti Ch’in pada 1734.Hung Hei-Kwun ini adalah pemimpin pemberontakan bersejarah yang hampir mengalahkan dinasti penjajah Ch’in yang datang dari Manchuria (sekarang kita mengenalnya sebagai Korea).

Jika saja pemerintah Ch’in tidak meminta bantuan pasukan-pasukan bersenjata bangsa asing (Rusia, Inggris, Jepun),pemberontakan pimpinan Hung Hei-Kwun itu nescaya akan berjaya mengusir pendudukan Dinasti Ch’in.Setelah berguru kepada Luk Ah-Choi, Wong Fei-Hung kemudian berguru pada ayahnya sendiri hingga pada awal usia 20-an tahun, ia telah menjadi ahli perubatan dan beladiri terkemuka. Bahkan ia berjaya mengembangkannya menjadi lebih maju.

Kemampuan beladirinya semakin sulit ditandingi ketika ia berhasil membuat jurus baru yang sangat taktis namun efisien yang dinamakan Jurus Cakar Macan dan Jurus Sembilan Pukulan Khusus. Selain dengan tangankosong, Wong Fei-Hung juga mahir menggunakan bermacam-macam senjata.

Masyarakat Canton pernah menyaksikan langsung dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana ia seorang diri dengan hanya memegang tongkat berjaya menewaskan lebih dari 30 orang jagoan pelabuhan berbadan kekar dan kejamdi Canton yang mengeroyoknya karana ia membela rakyat miskin yang akan mereka peras.Dalam kehidupan keluarga, Allah banyak mengujinya dengan berbagai cobaan. Seorang anaknya terbunuh dalam suatu insiden perkelahian dengan mafia Canton .

Wong Fei-Hung tiga kali menikah karena isteri-isterinya meninggal dalam usia pendek. Setelah isteri ketiganya meninggal, Wong Fei-Hung memutuskan untuk hidup sendiri sampai kemudian ia bertemu dengan Mok Gwai Lan, seorang perempuan muda yang kebetulan
juga ahli beladiri. Mok Gwai Lan ini kemudian menjadi pasangan hidupnya hingga akhir hayat. Mok Gwai Lan turut mengajar beladiri pada kelas khusus perempuan di perguruan suaminya.Pada 1924 Wong Fei-Hung meninggal dalam usia 77 tahun. Masyarakat Cina, khususnya di Kwantung dan Canton mengenangnya sebagai pahlawan pembela kaum mustad’afin(tertindas) yang tidak pernah gentar membela kehormatan mereka. Siapapun
dan berapapun jumlah orang yang menindas orang miskin, akan dilawannya http://www.blogger.com/img/blank.gifhttp://www.blogger.com/img/blank.gifdehttp://www.blogger.com/img/blank.gifngan segenap kekuatan dan keberanian yang dimilikinya.

Wong Fei-Hung meninggal dengan meninggalkan nama harum yang membuatnya dikenal sebagai manusia yang hidup mulia, salah satu pilihan hidup yang diberikan Allah
kepada seorang muslim selain mati Syahid. Semoga segala amal ibadahnya diterima di sisi Allah Swt dan semoga segala kebaikannya menjadi teladan bagi kita, generasi muslim yang hidup setelahnya. Amiin.

(Tidak menghairankan sekiranya Manchu sebagai maharaja terakhir China di gambarkan sesegitu rupa bagi menghalalkan kerajaan komunis sediaada di China).

Sultan Syarif Syah

Sila saudara/i baca kertaskerja saudara Hamli Asadi yang di bentangkan pd Forum ceritera Sultan Syarif Syah pd 29 Ogos 2009 lalu di Dewan Theatrette, Muzium Negeri Kedah. Forum ini di anjurkan oleh Persatuan Sejarah Malaysia, Cawangan Kedah.

Saudara/i peminat dan pembaca sejarah yang kami hormati, kewujudan dan peranan baginda Sultan Syarif Syah dalam sosio-ekonomi negara Kedah dizaman dahulu tidak dapat dinafikan lagi.

Kepada waris-waris baginda, gelaran sebenar baginda ialah Syah Alam Yang Maha Mulia Khalifah Syarif Abu Bakar Syah, Yang Di Pertuan Negara Kedah (@ Yamtuan Kedah).

Oleh kerana baginda wujud sebagai Yamtuan Kedah, maka dengan itu disebut dalam Undang Undang kedah ms 40, “..kepada Datuk Seri Bongsu, iaitu Datuk Paduka Seri Perdana Menteri Anak Bukit”.

Jelas kepada kita bahawa d zaman dahulu, Yamtuan Kedah bukanlah Sultan Kedah. Sultan Kedah ketika itu hanyalah Perdana Menteri kepada Yamtuan Kedah sahaja. Gelaran Paduka Seri Bongsu adalah kerana Sultan Muhammad Jiwa berkahwin dgn adik bongsu Sultan Syarif Syah bernama Nang Che Puan. (lihat salasilah)

Jadi apakah sebenar peranan yang di mainkan oleh Yang Di Pertuan Kedah. Kami berpendapat bahawa baginda adalah Yang Di Pertuan Agong dizaman dahulu, menjalankan pemerentahan menurut perlembagaan dalam Undang Undang Kedah. Hari ini negara kita bertukar-tukar jawatan tersebut ibaratkan rumah yang tidak bertuan. Usaha menulis semula sejarah Melayu dizaman pemerentahan Inggeris oleh Marhum Melaka yang dibiayai oleh penjajah Inggeris adalah bertujuan untuk menutup sejarah realiti, yakni sejarah Khalifah Islam yg kita semua hari ini tidak mengethui tapi dibongkar diblog ini.

Mana mungkin sebuah empayar islam sebesar Empayar Islam Benua Siam Kedah ini tidak mempunyai Khalifah, sedangkan dinegara islam lain ketika itu bersemayam seorang khalifah yg memerintah negaranya? Negara kafir yang berdekatan pun turut mempunyai maharaja seperti Thailand dan Jepun. Sedarlah saudara bahawa negara kita mempunyai Khalifah yg bertindak sebagai Yang Di Pertuan Agong di zaman dahulu seperti mana Turki dahulu, Jordan dan Arab Saudi pada hari ini.

Penjajah Inggeris meletakkan Bani Saud sebagai Raja Arab Saud-di (sehingga kini pro western), menjatuhkan Empayar Islam Ottoman Turki, menjatuhkan Empayar Monggol India dan menjadikan Queen Elizabeth sebagai Ratu India, menjatuhkan Empayar Islam Benua Siam Kedah milik kita dan akhir sekali menjatuhkan Empayar Maharaja Manchu Islam di Cina..dan kita masih lagi buta sejarah dan mengikut sahaja sejarah peninggalan mereka.

Sejarah negara kita diceritakan mengikut kepentingan peribadi mereka-mereka yang tunduk kepada kehendak penjajah yang mempunyai agenda tersembunyi. Mereka sanggup menggadaikan wilayah Yang Di Pertuan Kedah kerana tamakkan kuasa dan harta dunia. Contoh yg jelas ialah Pulau Pinang dan Singapura. Mereka enggan bangun untuk menentang penjajah kafir thai yang telah menyerang dan menawan Siam. Patutlah di katakan pusat pemerintahan Kedah berubah-ubah kerana yang di ceritakan adalah sejarah raja daerah sahaja. Di Johor pula, Temenggung ditabal sebagai sultan oleh Stamford Raffles!!! Temenggong itu boleh di ibaratkan sebagai Ketua polis yang mana sehingga ke hari ini ia masih mempunyai pasukan polis nya tersendiri. Sudah tentu, yang di gadaikan kepada Stamford Raffles ialah Pulau Singapura.

Video ‘The Arrivals’ dalam ‘You Tube’ harus lah dikaitkan dengan sejarah negara kita di masa lampau sebagai satu pengajaran. Usah lagi kita berpegang kepada tampuk lama yang ditinggalkan oleh penjajah Inggeris dulu kerana kita sudah dewasa dan mempunyai ramai cerdik pandai yang boleh membuat kajian sendiri.

Kepada yang berkuasa pada hari ini, perlu diingatkan bahawa waris Mutlak kepada Yang Di Pertuan Kedah masih ada hingga kini dan akan menuntut hak-hak nya mengikut Qutbah Wida dan hukum syarak.

“Setakat hari ini kerajaan telah menerima tuntutan dari waris kesultanan Kedah dan tidak ada bantahan dari mana-mana pihak”, Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim.

Kita ikuti penulisan saudara Hamli Asadi,

Malangnya, makam yg di lawati ini bukanlah makam Sultan Syarif Syah walaupun ia memang berada dalam kawasan tanah perkuburan yg sama. Elok bertanya dahulu kepada waris yang masih ada yg menjaga makam tersebut.


anaianai di Makam Sultan Syarif Syah pada Hari Raya Aidil Fitri baru-baru ini

Kembalikan Pulau Pinang kepada Sultan Kedah

15 Dis — Saya dan profesor kajian alam Melayu, A. Murad Merican mempunyai kepercayaan yang sama. Pulau Pinang harus dikembalikan kepada kerajaan Kesultanan Kedah. Bukanlah kerana saya orang Kedah dan Murad orang Pulau Pinang, maka kami bersetuju dengan cadangan itu.

Tapi ia adalah berdasarkan fakta sejarah.

Asal cadangan itu datangnya dari Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK), Datuk Wan Shamsuddin Mohd. Yusof melalui kenyataannya kepada Bernama 1 Disember lalu.

Berita itu bertajuk: Kedah dicadang tuntut semula Pulau Pinang:

“PSMCK mencadangkan supaya Pulau Pinang dikembalikan kepada Kedah kerana negeri tersebut pada asalnya kepunyaan Kedah.

Pengerusi PSMCK, Datuk Wan Shamsudin Mohd. Yusof berkata, cadangan itu ditimbulkan kerana Pulau Pinang adalah hak milik Kedah sebelum berlakunya perjanjian antara Sultan Kedah dan British pada 1786.

“Setelah negara kita merdeka pada 1957, Pulau Pinang yang dijajah sepatutnya dikembalikan kepada Kedah sepertimana Dinding dan Pangkor dikembalikan kepada Perak. Tetapi Pulau Pinang tidak dikembalikan kepada Kedah dan terus dijadikan sebuah negeri yang berasingan,” ujarnya kepada pemberita.

Dalam perjanjian yang dibuat antara Sultan Kedah ketika itu, Sultan Dhiauddin Mukarram Shah dan Leftenan Gabenor Pulau Pinang, Sir George Leith Baronet pada tahun 1800, Pulau Pinang dipajak untuk menampung keperluan ekonomi pada masa itu.

Pada ketika itu, Pulau Pinang dipajak dengan harga 6,000 manakala Seberang Prai dipajak dengan harga 4,000 dan pihak British membayar wang tersebut kepada Sultan Kedah dengan menggunakan mata wang Sepanyol.

Menurut Wan Shamsudin, Pulau Pinang dan Seberang Perai disifatkan masih hak milik Kedah kerana duit pajakan masih dibayar oleh Kerajaan Pusat dengan nilai RM10,000 setiap tahun kepada kerajaan negeri Kedah pada masa ini.

“Pembayaran pajakan masih wujud sehingga kini dan ini bererti, keadaan tersebut masih wujud dan tidak salah untuk Kedah membuat tuntutan,”jelasnya.

Tambahnya, pihaknya akan mengadakan satu seminar dengan pakar-pakar sejarah untuk mengumpulkan fakta-fakta dan bukti yang berkaitan dengan sejarah Pulau Pinang yang dahulunya di bawah naungan Kesultanan Kedah.

“Kami juga akan menyerahkan bukti dan fakta tersebut kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab dan terserah kepada mereka untuk menuntut semula Pulau Pinang atau tidak,”katanya.

Tanpa menjelaskan siapa pihak yang bertanggungjawab itu, Wan Samsudin berkata, tugas PSMCK ialah untuk menyuarakan kembali perkara itu memandangkan ramai pihak mula terlupa tentang sejarah sebenar negeri Pulau Pinang.

“Sama ada pihak tersebut mahu menuntut semula Pulau Pinang atau tidak itu terserah kepada mereka.

“Kami suarakan perkara ini kerana tidak mahu sejarah negeri Kedah dan Pulau Pinang terus dilupakan,”katanya.

Namun bukan semua orang menyenangi dengan cadangan itu. Ada yang mengatakan jika itulah pandangannya maka Tanah Melayu harus dikembalikan kepada Orang Asli?

DAP sudah tentu tidak mahu menyerahkan Pulau Pinang kepada Kedah. Mereka juga sudah tentu tidak bersetuju dengan pandangan dan cadangan itu. Pulau Pinang bagi DAP ialah kubu terkuatnya (sekarang).

Sejarah Pulau Pinang, sudah tentu mereka 100 peratus bersetuju, hanya bermula dari kolonial Inggeris, Francis Light. Bukannya dari kesultanan Melayu Kedah. Mereka juga percaya Raffleslah yang membuka Singapura. Bukan kesultanan Melayu.

Namun, cadangan Wan Shamsuddin itu mesti dipertimbangkan dengan wajar dan serius. Patik — Ahli Mahkota Kedah ini — berharap Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan dapat meneliti perkara ini sedalam-dalamnya.

Umumnya komen-komen yang diutarakan dalam siber bagi mencantas cadangan itu jelas memperlihatkan kedangkalan sejarah dan persejarahan di kalangan rakyat Malaysia. Pemikiran dan sikap mereka dalam hal ini bersifat kebudak-budakkan sehingga ada mengatakan bahawa jika kita hendakkan yang asal, mengapa tidak kembalikan Tanah Melayu kepada orang asalnya, Orang Asli.

Beberapa lagi komen menjurus kepada mencabar kedaulatan Malaysia — dari segi mengembalikan negeri-negeri seperti Kedah, Kelantan dan Terengganu kepada Siam, Thailand dan Sabah kepada Filipina.

Wan Shamsudin telah membangkitkan satu isu penting dalam sejarah dan persejarahan negara, bukan hanya kaitan Kedah dan Pulau Pinang. Ini adalah kerana sekian lama, sejarah dan persejarahan Malaysia, sama ada sengaja atau tidak, wujud dalam keadaan pelbagai kelompongan.

Saranan Wan Shamsuddin perlu disokong lalu diteliti dan dihalusi implikasinya dari segi sejarah dan persejarahan pasca kolonial. Kita bukan menolak kedatangan Inggeris dan kuasa barat ke Alam Melayu. Apa yang penting ialah usaha berterusan memberi tafsiran dan konteks yang lebih wajar kepada alam dan geopolitik kesultanan Kedah.

Murad juga dalam kenyataan akhbarnya menyebut, perjanjian memajak Pulau Pinang antara Sultan Kedah dan British pada 1786 dan 1800 tidak pernah menyebut bahawa ia tidak boleh dimansuhkan atau akan tamat pada tempoh tertentu.

Oleh itu, katanya tidak mustahil jika Pulau Pinang dikembalikan kepada Kedah jika ia dituntut sekarang. “Pulau Pinang boleh dijadikan satu daerah atau wilayah khas dalam Kedah jika ia dikembalikan kepadanya.”

Kata Murad, selama ini rakyat Malaysia hanya menganggap sejarah kewujudan Pulau Pinang berlaku pada 1786 iaitu apabila British mula sampai ke negeri itu. “Namun sebenarnya sejarah Pulau Pinang dan orang Melayu telah terpendam. Jika Kedah mengambil semula Pulau Pinang, ia sama sekali akan mengubah sejarah negeri itu,” jelas beliau.

Bagi menjelaskan lagi senario sejarah ini, saya menyarankan Persatuan Sejarah Malaysia dapat mengadakan seminar seperti cadangan Wan Shamsuddin itu seberapa segera. Pulau Pinang harus dikembalikan kepada hak kesultanan dan tamadunnya yang asal.

Kerajaan Pusat juga harus mengikuti perkembangan ini dengan teliti.

Bagi mendapatkan ruang bicara mengenai cadangan dan pandangan ini, Prof. Murad yang juga Ketua Kluster Penyelidikan Kajian Oksiden di Alam Melayu, Universiti Teknologi Petronas memberi analisis impirikal ringkasnya mengenai hal ini. Katanya cadangan itu membuka perbincangan yang penting bukan hanya dari segi kedaulatan kesultanan Kedah (yang tertua di dunia dan Malaysia), tetapi juga usaha berterusan mengeluarkan sejarah dan persejarahan Malaysia dari kepompong kolonial Inggeris.

Ikuti tulisan beliau:

Dari sudut Perlembagaan Persekutuan, cadangan Datuk Wan Shamsuddin itu tidak bercanggah dengan undang-undang negara. Mengubah sempadan sesebuah negeri diperuntukan dalam Perlembagaan Persekutuan dalam Bahagian 1, Artikel 2, tertakluk kepada persetujuan Dewan Undangan Negeri terbabit dan Majlis Raja-Raja Melayu.

Kita juga seharusnya tidak mengenakan sekatan pemikiran dan pergerakan untuk meluruskan masa lalu demi generasi masa depan. Kita maklum bahawa apabila Inggeris dan Belanda bertapak di Kepulauan Melayu, mereka melakarkan sempadan geopolitik. Ini membawa maksud mencampur tangan dalam hal ehwal masyarakat dan kerajaan Melayu.

Apa yang berlaku pada hakikatnya ialah pihak Inggeris telah campur tangan dalam hal-ehwal kesultanan Kedah. Dan campur tangan ini bermula lebih awal daripada Perjanjian Pangkor 1874.

Maka wujudlah nama-nama seperti Light, Scott dan Leith yang dikaitkan dengan sejarah Pulau Pinang dan seterusnya Malaysia. Maka pelbagai buku dan bahan tentang sejarah Pulau Pinang mengandaikan bahawa Pulau Pinang hanya mempunyai sejarah selepas mendaratnya Francis Light di Tanjung Penaga pada 11 Ogos 1786, dan seterusnya perjanjian pada tahun yang sama dan pada tahun 1800.

Akibat dari perjanjian-perjanjian tersebut, alam Melayu mula dikotak-katikkan “ khususnya jajahan Kesultanan Kedah, kerajaan Melayu yang tertua di Malaysia dan kerajaan beraja yang tertua di dunia.

Jika kesedaran umum bahawa “segala-galanya” bermula dari Melaka, maka kita memesongkan sejarah. Ini tidak semestinya kita mengetepikan Melaka yang merupakan asas kepada institusi dan sistem kerajaan di Malaysia kini.

Namun demikian, kesedaran ruang dan masa yang lebih awal dari itu amat kritikal sekali dalam penulisan sejarah negara dan perlu diketengahkan pada tahap akademik dan popular.

Dan apabila kita baca penulisan tentang sejarah Pulau Pinang, Kedah hanya dirujuk dalam konteks Sultan Kedah membuat perjanjian dengan Francis Light. Lebih dari itu, Kedah hilang dalam persejarahan Pulau Pinang.

Begitu juga dengan pelbagai penulisan tentang sejarah Kedah. Apa yang saya perhatikan ialah persejarahan Kedah setakat ini tidak memberi penekanan kepada Pulau Pinang sebagai sebahagian daripada Kesultanan Kedah. Persejarahan Kedah juga menjadi mangsa kepada perspektif kolonial, yakni, menerima sebagai hakikat bahawa sejarah Pulau Pinang asing dan berbeza dengan sejarah Kedah.

Persejarahan Kedah memandang sepi penempatan Melayu Pulau Pinang dan warisan Kedah di pulau itu kecuali salah satu kertas kerja Datuk Wan Shamsudin beberapa tahun lalu yang ada menyebut penempatan Melayu sebelum kedatangan Inggeris.

Malah akibat daripada perjanjian dalam tahun-tahun tersebut, perhubungan Kedah dengan wilayah-wilayah di Sumatera pun tidak ditonjolkan seolah-olah tidak ada kesepaduan tradisi, bahasa, agama dan budaya di antara Kedah dan wilayah-wilayah tersebut.

Beberapa tahun lalu dalam syarahan saya pada PSMCK di Alor Setar, saya menganjurkan bahawa sejarah dan persejarahan Pulau Pinang mesti lari dari sudut kolonial lalu mencadangkan bahawa ia dilihat dari perspektif negeri dan Kesultanan Kedah.

Cadangan Datuk Wan mempunyai implikasi kepada sejarah negara. Tidak ada sebab mengapa kita tidak boleh luruskan persejarahan. Tidak ada sebab mengapa kita tidak boleh mengubah geografi alam kita sendiri demi menerokai satu ruang lapisan sejarah yang telah disisih.

Asal usul negara bangsa Malaysia perlu dihalusi dan dibincangkan secara terbuka. Kenyataan-kenyataan yang tidak menggambarkan hakikat hendaklah ditangani sewajarnya demi masa depan.

Sebagai contoh, sebuah buku yang diterbitkan pada tahun 2007 dengan tajuk Malaysian Chinese and Nation-Building: Before Merdeka and Fifty Years After (Penerbit: Centre for Malaysian Chinese Studies, Kuala Lumpur) telah menyatakan bahawa Malaysia sebagai sebuah negara bangsa bermula dengan pembukaan (founding) Pulau Pinang pada tahun 1786.

Bab satu buku itu yang bertajuk “State and Nation: An Overview and Malaysian Perspective,”menyatakan bahawa dari situ, perkembangan seterusnya telah menjurus kepada pembentukan satu politik.

Dalam perbincangan pembentukan Malaysia, buku itu menekankan kepada warisan undang-undang dan pentadbiran British sebagai asas kesamaan wilayah-wilayah di Malaysia (ms.10).

Wacana-wacana sebeginilah yang memesongkan sejarah dan persejarahan Malaysia. Apakah ia mengandaikan bahawa Malaysia tidak ada sejarah sebelum 1786? — Utusan Malaysia

SRI WIJAYA: Kerajaan Islam Yang Disepikan.

Kedatangan Sharifah Mariam al-Jefri bersama dengan suaminya, Merong Maha Wangsa ke Kedah untuk menyebarkan agama Islam ke seluruh Nusantara. Gerombolan mereka datang ke Kedah dengan Kapal Arang beserta candi batu berlubang ditengah untuk memacak bendera atau panji kalimah syahadah berwarna merah dan gambar naga berwarna hijau. Candi batu berlubang tersebut kini disimpan oleh pihak muzium negeri Kedah.

Sebelum kedatangan baginda bersama isterinya, Jamal al-Jefri telah memberi arahan agar membuka kerajaan yang dekat dengan sebuah gunung yang mempunyai masjid milik putera nabi Noh yang bernama Yafis, orang siam mengelar Yafis sebagai Tok Kong yang bermakna Datuk Puak. Selepas kematian Tok Kong (Yafis) generasi selepasnya membuat gambar Tok Kong dan memuja serta menyembah gambar tersebut.

Kedatangan Raja Iskandar Zulkarnain ke negeri Kedah ialah untuk menghapuskan amalan khurafat mereka dan membawa ajaran Nabi Allah Ibrahim a.s. Putera Raja Iskandar Zulkarnain bernama Phonain dengan bahasa siam bermakna ‘Lelaki Putera Raja Iskandar Zulkarnain’. Phonain telah banyak membina bangunan purba di sekitar Gunung Jerai, Kemboja, Laos dan Vietnam termasuklah bangunan Angkor yang dirampas oleh Raja Khameang Thai dan Raja Anam. Kawasan ini banyak ditumbuhi dengan pokok Rhu. Bukti adanya bangunan purba di sekeliling gunung Jerai telah di temui oleh ahli-ahli arkeologi. Bangunan-bangunan ini telah dirobohkan oleh tentera Thai dan British selepas mereka berjaya membunuh Sultan Jaafar Muadzam Shah pada tahun 1876yang ditangkap di Kota Pulau Tiga, Sungai Merbuk Kedah.

BARAT MEMOMOKKAN SEJARAH

Perkembangan Islam di China disorok, penipuan Joseph Needham diiktiraf

“SEPARUH daripada penulisan sejarah adalah dengan menyembunyikan kebenaran.” Pandangan Pemenang Anugerah Nebula 2005 (Skrip Terbaik – Serenity), Joss Whedon pasti tercerna daripada kekaburan yang dibawa pensejarahan Barat mengenai penyimpangan dalam teks, karya atau fakta sejarah.

Apatah lagi penyimpangan, penyelewengan dan penyongsangan fakta wujud secara berleluasa dalam dokumen, teks serta karya sejarah yang ditulis orientalis mahupun pengarang Barat.

Tujuan orientalis dan pengarang Barat hanyalah satu, iaitu menghilang dan menggelapkan pengaruh Islam khususnya terhadap kebangkitan dan kekuasaan imperialisme mereka, sekali gus mengabsahkan hegemoni mereka.

Lebih menyedihkan pandangan yang kononnya bersifat sejarawi itu, diekori oleh sejarawan dan pengarang dari Asia atau dunia Islam sehingga menerimanya sebagai fakta sejarah yang satu-satunya sah lagi benar.

Hasilnya, sejarah Islam dan tamadun lain di Timur bukan saja ditulis dan dibukukan oleh orientalis serta pengarang Barat, bahkan dibentuk dan dimuatkan berdasarkan kerangka pandangan alam mereka.

Tidak hairanlah banyak sumbangan Islam dan Timur terhadap kebudayaan dan peradaban Barat menjadi wap yang hilang di langit sejarah dunia sehingga yang tinggal adalah sejarah yang dibentuk berdasarkan bekas yang ditinggalkan oleh orientalis dan pengarang mereka.
Gejala minda tertawan ini dikemukakan Pensyarah Jabatan Matematik, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Mat Rofa Ismail ketika mengupas Diskusi Intelek: Cheng Ho, Cina, Alam Melayu dan Perkaitannya di Panggung Percubaan UPM, Serdang, baru-baru ini.

Dr Mat Rofa berkata, tiga dinasti di China mempunyai hubungan erat dengan Islam, iaitu Dinasti Song, Yuan dan Ming, tetapi sejarah dinasti itu kurang dicatat dalam teks sejarah China.

“Malah, ramai yang tidak tahu pengaruh Islam dalam pemerintahan dinasti di China sudah sampai kepada tahap menjadi agama yang dianuti maharajanya, apabila Zhu Yuanzhang menjadi Maharaja Islam yang pertama.

“Bagaimanapun, apabila Dinasti Ming kalah di tangan Dinasti Manchu, kerajaan mengharamkan rakyat daripada belajar sejarah dinasti Islam itu,” katanya pada diskusi anjuran Kelab Bimbingan Mahasiswa UPM itu.

Tidak hairanlah, Dr Mat Rofa berkata, sumbangan besar dunia Islam tidak diketahui oleh umum seperti penciptaan peluru yang dikatakan sebagai sumbangan tamadun China sebenarnya dicipta oleh saintis Islam yang dibawa dari dunia Islam.

“Malah pelayaran Laksamana Cheng Ho atau Zheng He sendiri banyak diselewengkan sehingga ada sejarawan yang menohmah pelayarannya adalah bertujuan untuk membunuh musuh politik maharaja di Asia, meskipun beliau mahu menunaikan haji di Makkah.

“Ia jauh sekali berlawanan dengan fakta Zheng He membawa armada kapal yang sangat besar dalam pelayarannya tetapi tidak membawa balik harta rampasan,” katanya.

Ini kerana, Dr Mat Rofa berkata, China datang ke alam Melayu untuk melindungi kerajaan kecil di Gugusan Kepulauan Melayu seperti amaran Zheng He kepada Raja Siam yang mengganggu Kesultanan Melayu Melaka dengan mengingatkan kesultanan itu umpama adik kandung kepada China.

“Bagaimanapun, sejarah sumbangan dan pengaruh Islam di China digelapkan sehingga Islam tidak dianggap memainkan peranan penting dalam peradaban yang sangat besar itu.

“Penulis Barat, Joseph Needham, yang diupah oleh orientalis bukan saja mengubah sejarah China, bahkan banyak menyelewengkan fakta,” katanya.

Needham yang turut dikenali sebagai Li Yuese menghasilkan Science and Civilisation in China yang asalnya mengandungi tujuh jilid pada 1948, berkembang kepada 24 jilid dengan 15 daripadanya ditulisnya sendiri, selain turut menghasilkan Science in Traditional China.

Kerangka yang ditinggalkan Needham itu masih meninggalkan pengaruh yang kuat kepada pensejarahan China, apatah lagi apabila namanya diabadikan sebagai Institut Kajian Needham (NRI), Cambridge, England, yang mengepalai penyelidikan dalam sejarah sains, teknologi dan perubatan di Asia Timur.

Lebih teruk, Dr Mat Rofa berkata, sejarawan China sendiri banyak bergantung kepada Needham dalam penulisan sejarah bangsa dan tamadun mereka.

“Sebenarnya, Zheng He meninggalkan diari hariannya yang dianggap paling asli, sekali gus catatan yang ditulis oleh penulisnya, Ma Huan itu banyak bercanggah dengan tulisan Needham.

“Sepatutnya sebarang penulisan mengenai sejarah di China khususnya Islam perlu berpandukan kepada catatan harian itu berbanding karya yang lebih mutakhir,” katanya.

Beliau mengingatkan banyak pembohongan dalam sejarah diterima sebagai fakta yang sah dan benar seperti Dr David Livingstone yang menjadi orang pertama menemui Sungai Nil atau Singapura yang dibuka oleh Stamford Raffles.

“Lebih melucukan apabila fakta penemuan Dr Livingstone pernah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah di sekolah di Mesir kerana kalau mahu menipu pun, janganlah sampai keterlaluan.

“Fakta penemuan Dr Livingstone itu umpamanya kita mempercayai bayi menyambut kelahiran bidannya kerana Sungai Nil sudah lama wujud dan Afrika sendiri sudah lama mempunyai penghuni,” katanya. (seperti Pulau Pinang dan Singapura dibuka oleh Light dan Raffles seolah-olah ia tidak pernah ada sebelum ini)

Penyimpangan, penyelewengan dan penyongsangan sejarah oleh orientalis dan pengarang Barat itu sudah lama dibiarkan bermaharajalela dalam membentuk kerangka kronologi dan pensejarahan dunia Timur khususnya Islam dan alam Melayu.

Sudah sampai masanya sejarawan dan pengarang kita membongkar teks dan sumber sejarah sendiri yang tersisih kesan daripada metodologi pensejarahan dan klasifikasi teks yang dirangka oleh Barat untuk menafikan hakikat sebenar sumbangan dan pengaruh Islam ke atas peradaban dunia.

Sebarang kitab, teks, hikayat, dokumen, catatan dan salasilah yang ditulis ulama dan pendakwah, sejarawan dan pengarang dunia Timur serta Islam perlu dikumpul, disusun dan dicantumkan dalam kerangka ilmu yang sebenar dengan menggunakan kekuatan intelektual untuk mentafsir dan menulis sejarah yang tepat.

Asal Nama dan Lambang Kedah.

Menurut sumber maklumat yang diwasiatkan oleh Yang Teramat Mulia Penghulu Tajar Kedah Tuanku Nai Long Mahmud cucu Maharaja MelayuSultan Jaafar Muadzam Shah, makna Kedah dalam bahasa Melayu Siam ialah berasal dari perkataan KEDAT yang bermaksud Kertas atau Watikah.
Dalam bahasa Thai pula menyebut Kradat. Watikah ini ialah satu amanat yang dibawa oleh Merong Mahawangsa ke Nusantara. Setelah Maharaja Empayar Islam China Dinasti Tang Maharaja Sai Tee Song pada tahun 650M memeluk Islam, baginda telah mengarahkan cucunya Sultan Muzaffar Shah Merong Mahawangsa membuka kerajaan di Nusantara. Dalam penulisan sekarang kononnya Kedah berasal daripada perkataan Mangkuk Padi. Cuba anda semua lihat dengan teliti rajah dibawah ini;

 

Cubaan kerajaan British untuk menukar nama Kedah (Watikah) kepada Kedah Mangkuk Padi bermula pada zaman Paduka Seri Sultan Muhammad Jiwaz bin al-Adilin Muadzam Shah lagi sepertimana mereka menukar nama Bandar Hilir Kota Portugis kepada nama Melaka, padahal Melaka itu ialah Semenanjung ( Semenanjung Melaka).

Dan selepas itu Paduka Serisultan ini telah membuat mata wangnya sendiri dengan menulis Kedah (mangkuk padi). Semua ini dibawah kelolaan dan arahan dari Kapten Francis Light, yang pada masa itu selalu membuat rondaan dari pelabuhan Culcutta sehingga ke Kepulauan Andaman dan Pulau Puket untuk mencari kelemahan kerajaan Kedah Tua. Sehingga mereka dapat mengesan yangKota Star pada masa itu dibawah jagaan Paduka Seri Sultan Perdana Menteri Kedah Muhammad Jiwaz.

 

Beliau berjaya menghasut Paduka Seri Sultan ini dengan mengatur rancangan mengatakan bahawa beliau juga layak menjadi Maharaja Melayu di Nusantara. Beliau telah mengajar dan memberi nasihat sehingga Paduka Seri Sultan ini sayang kepadanya dan terpesona dengan janji-janji musuh Allah ini untuk menjadi Sultan kepada kerajaan Kedah Tua.

Dalam manuskrip dibawah ini tercatit dengan terang Negeri Kedah (Watikah) dan pada tahun 1920 semasa pemerintahan Sultan Abdul Hamid, Kedah ketika itu di bawah pengaruh British, Kedah telah mencipta benderanya sendiri. Ini tercatit di dalam buku Lindungan Bulan muka surat 22 keluaran sempena hari Konvensyen Sejarah Kedah 28hb. November hingga 2hb. Disember 1981.

 

 

Manuskrip lama jelas terpampang Paduka Serisultan Mohammad Jiwaz Bin al-Adilin dan perkataan Kedah dengan Ha Bulat yang ditanda dengan warna kuning

Susah payah pihak musuh-musuh Allah menghapus dan melupus semua kesan-kesan ketamadunan empayar kerajaan Kedah Tua tiba-tiba dengan takdir Allah penipuan British ini semakin ketara apabila pada tahun 1982 seorang penduduk kampung di Mukim Padang Mat Sirat, Pulau Langkawi telah menemuiberatus-ratus keping wang syiling keluaran Kedah.
Penemuan ini dianggap menarik kerana bukan hanya sekeping dua ditemui malah dalam sebuah botol yang dibuat daripada tanah dalam keadaaan yang masih baik. Di ruang wang syiling itu yang dibuat daripada perak campuran tembaga dengan terang-terang menulis negeri Kedah dan dipermukaan belakangnya tercatat nama Muhammad Shah.
Wang syiling itu agak kekuning-kuningan dan berukuran 15 mm dan berat puratanya ialah 1.9 gram, ini menunjukkan ejaan Kedah adalah berlainan dengan ejaan pada hari ini. Jika Kedah hanya sebuah negeri ia tidak boleh mencetak duit sesuka hati dan memerlukan izin daripada pemerintah negaranya dahulu. Hanya sebuah negara yang besar sahaja boleh disegi undang-undang mencetak matawangnya sendiri.

Terang lagi bersuluh, jelas terpahat di wang syiling purba ini kalimah al-Sultan al-Kedah dengan Ha bulat

Lambang negeri Kedah juga telah ditukar daripada bunga teratai kepada perisai tentera salib yang dicatat di dalamnya dengan perkataan Negeri Kedah. Ini satu pembohongan yang besar di abad ini padahal Kedah bukanlah sebuah negeri malah negara dan empayar yang berdaulat yang melindungi dan memayungi agama Islam dikawasan Nusantara.
Perisai yang berwarna kuning itu merupakan simbol-simbol yang digunakan oleh kerajaan-kerajaan Kristian di Eropah contohnya kerajan Sepanyol, Portugis, Britain dan lain-lain. Sebab itulah kita lihat tidak ada lambang Kedah baru di gerbang pintu masuk Masjid Zahir dan di Masjid Zahir sendiri malah di Mahkamah Syariah Lama (belakang Masjid Zahir) sebelum tahun 1920.
Malah diletak lambang Zionis dengan bintang “David Star” dibangunan-bangunan ini tujuannya untuk menghina orang-orang Islam. Arkitek masjid dan mahkamah syariah ini pula ialah seorang berbangsa Inggeris manakala tukang-tukangnya diimport dari India yang juga pada masa itu dibawah takluk jajahannya.

Lambang-lambang teratai di kota-kota Nusantara habis dibuang dan dikikis oleh kerajaan British dan tentera-tentera Thai. Yang ada sekarang ialah kota-kota yang terlepas pandang dan belum dibuang oleh musuh-musuh Allah ini, antaranya ialah Kota Senjaya, Kota Kuala Muda dan lain-lain. Teratai dalam bahasa Melayu Siam ialah Tera : tempat duduk, Tai : tempat mati, maksudnya ialah bumi tempat kita duduk ini ialah tempat kita akan mati.
Jika tuan-tuan dan puan-puan pernah pergi ke Madinah tuan/puan akan dapati lambang bunga teratai bukan sahaja ada dibangunan Balai Nobat Kedah malah ada juga disana iaitu di atas Mihrab Imam dan di Mimbar Khutbah Jumaat di dalam Raudhah Masjid Nabawi di Madinah, Saudi Arabia. Yang mana sebelum ini kita ditipu oleh musuh-musuh Allah yang lambang ini hanya layak untuk wat-wat Siam-Thai padahal Nabi Muhammad S.A.W pernah menceritakan yang arash Allah S.W.T terletak di atas air yang luas seperti lautan yang mana mafhum hadis ini memberitahu atas air itu penuh dengan bunga-bunga teratai.

 


Perdana Menteri Paduka Seri Sultan Muhammad Jiwaz Bin al-Adilin dan lanun-lanunnya sering membuat hubungan dengan Francis Light di Hujung Sanglang @ Junk Ceylon (Pulau Puket). Mereka sering mengambil nasihat dan berbalas-balas hadiah dan barang dagangan dengan musuh Allah ini. Ini semua diluar pengetahuan Sultan Syarif Syah yang sibuk ketika itu berperang dengan penjajah kerajaan Sukuthai. Dan tidak pelik mereka mempunyai hubungan rapat dengan kerajaan Thailand yang sentiasa bersiap sedia untuk menghancurkan Maharaja Melayu Sultan Syarif Shah yang telah tewas ditangan Kerajaan Sukho Thai di Ayuthia.

Paduka Seri Sultan Muhammad Jiwaz juga memberi kata manja kepada Francis Light dengan gelaran adinda dan memasukkan nama Francis Light sebagai kaum kerabatnya. Maka tidak peliklah jika dengan mudah Pulau Pinang terlepas ke tangan musuh Allah ini dari kekuasaan Sultan Sharif Abu Bakar Syah Raja Kedah Merong Maha Wangsa.

 

 

Gambar bendera Britian yang membayangi Bangkok melambangkan segala kerjabuat kerajaan Thailand sentiasa dibayangi oleh orang-orang British

Setelah Kedah kalah teruk dalam Musuh Bisik 1821M, kerajaan British telah menyerahkan lambang teratai kepada penganut-penganut agama Buddha di Thailand dan meletakkan lambang bunga teratai di pintu-pintu masuk wat Siam-Thai. Raja Chulalongkorn pula telah membuat perayaan “Loi Kratong” dengan mengatakan kononnya perayaan ini memberi keberkatan dan panjang umur kepada sesiapa yang menghanyutkan bunga teratai yang dihias indah dengan meletakkan lilin di atas bunga teratai dan dihanyutkan oleh aliran sungai. Sambil menyanyi-menyanyi lagu “Loi Kratong” mereka sebenarnya menghanyutkan kerajaan Kedah Tua dan ertikata sebenarnya mereka menghalau lampu hidayat (lilin) serta kerajaan Islam agar jauh dari alam ini. Elok jugalah lagu perayaan mereka ini ditukar kepada lirik “Ma, Ma Kratong” yang bermaksud “Marilah, Marilah kerajaan Teratai (Kedah Tua)”.

Sesungguhnya kejayaan British berpengkalan di Culcutta untuk memperkasakan kerajaan Buddha Thai dan memperkasakan para pemberontak selepas kematian Paduka Seri Sultan Muhammad Jiwaz iaitu Abdullah Mukarram sertaAhmad Tajuddin berbaloi. Ini kerana selepas musnahnya kerajaan Kedah Tua mereka berjaya mengatur lanskap sejarah dan budaya di Nusantara malah di Indo-China.